makan

McDonald's Perkenal Spicy Chicken McNuggets, Cheesecake Sundae & Banyak Lagi Menu 'Best'!

Jom serbu McDonald's sekarang juga!

Cover image via Daniel Food Diary / Burpple 8days.sg

Apabila McDonald's memperkenalkan menu baru, pasti ramai yang excited. Peminat hidangan pedas pasti suka menu terbaru McD ini! :D

Image via giphy.com

Menu terbaru yang dihidangkan kali ini ialah Spicy Chicken McNuggets khas buat anda yang lain daripada lain!

Dulunya, McDonald's hanya mempunyai Ayam Goreng Spicy. Kini, anda juga boleh menikmati McNuggets sepedas ayam goreng McD! Untuk RM9.43, anda boleh mendapatkan 6 ketul Spicy Chicken McNuggets. Terdapat juga 9 ketul dan 20 ketul.

Tak suka pedas? McDonalds juga menghidangkan pelbagai desserts berperisa Cheesecake baru!

Anda boleh menikmati aiskrim terbaru ini dengan kon atau pun sundae. Untuk aiskrim kon, terdapat perisa Cheesecake Vanilla dan Cheesecake Chocodip.

Manakala, untuk sundae pula, anda boleh memilih antara Strawberry Cheesecake Sundae atau Chocolate Cheesecake Sundae. Nampak macam sedap je!

Bukan itu sahaja, pencuci mulut seperti Salted Caramel Sundae, Salted Caramel McFlurry dan Salted Caramel & Chocolate Pie juga telah dikembalikan. Bestnya!

Menu mana yang anda paling excited untuk cuba? Jom serbu McDonald's sekarang!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi promo best di sini:

Leave a comment