makan

Team Kami Telah Cuba Perisa Baru Ayam Bakar 'Smoky PERi-PERi' Nando's. Ini Pendapat Kami.

Perisa terbaru Smoky PERi-PERi ini khas untuk anda yang menggemari ayam panggang Nando's tanpa kepedasan yang melampau!

Cover image via SAYS

Terliur kan apabila tengok GIF di bawah ini? Yummm!

Image via Giphy

Siapa je yang tidak suka untuk menikmati ayam bakar Nando's, bukan?

Ayam bakar Nando's sangat sedap untuk dinikmati kerana diperap dengan pelbagai rempah-ratus dalam masa sekurang-kurangnya 24 jam, lalu dibakar sehingga keperangan dan mendapat rasa salai yang sedap.

Memang sangat berbaloi jika anda ingin ke Nando's bersama keluarga dan nikmati makan malam di sana. Set-set di Nando's sangat berbaloi dan hidangan mereka juga tidak pernah mengecewakan.

Image via imgur.com

Pergghh... Terangkat selera bila terbau hidangan ayam bakar Nando's.

Nando's kini telah memperkenalkan perisa ayam bakar terbaru mereka iaitu Smoky PERi-PERi yang begitu unik dan lazat untuk dinikmati!

Image via Nando's

Untuk pengetahuan anda, mengikut PERI-ometer Nando's, perisa Smoky PERi-PERI lebih pedas daripada Lemon & Herba tetapi kurang pedas daripada rasa Mild.

Jadi, jika anda suka pedas atau tidak, semua ahli keluarga boleh menikmati perisa baru ayam bakar ini. Lagi-lagi kalau dimakan bersama sos-sos autentik mereka! 

Cara terbaik untuk memikmati perisa terbaru ini dengan hidangan Smoky PERi-PERi platter (RM99.00) yang sempurna untuk dinikmati bersama 4 orang

Image via SAYS

Set ini disempurnakan dengan 1 ekor ayam bakar Smoky PERi-PERi, 4 hidangan sampingan pilihan anda, 4 minuman ringan bottomless, dan juga pencuci mulut Salted Caramel Cake Bites terbaru mereka. Cukup padu! 

Ayamnya berasa masam-pedas cukup kaw! Ia dihasilkan dengan perapan unik herba-herba, rempah-ratus, jus limau dan juga African Birds Eye Chilli

Image via SAYS

Untuk pengetahuan anda, perisa Smoky PERi-PERI lebih pedas daripada Lemon & Herba tetapi kurang pedas daripada rasa Sederhananya, seperti dinyatakan pada PERi-ometer Nando’s di bawah.

Bukan setakat itu sahaja, hidangan pencuci mulut mereka iaitu Salted Caramel Cake Bites yang disediakan juga akan membuatkan anda lebih berselera!

Image via SAYS

Kek ini dihidangkan sejuk, dan mempunyai tekstur yang sangat fudgy! Perisa coklatnya sungguh pekat, dan sos salted caramel mereka mengimbangkan rasa manis dengan elok sekali. Memang layan!

Sebagaimana set-set platter mereka yang lain, set Smoky PERi-PERi sangat berbaloi dan pasti dapat memuaskan selera yang tersayang

Image via giphy.com

Dapatkan info tambahan perisa terbaru ayam Nando's laman web rasmi mereka di sini.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Nak cuba hasilkan ayam panggang di rumah? Check out resipi-resipi simple dan ringkas #SeismikMakan di bawah:

Dapatkan banyak lagi cadangan tempat makan menarik di bawah:

You may be interested in: