Resepi Butterscotch Sponge Cake Yang Berlemak & Lazat. Perfect For Tea Time!
Jom bakar kek...
Teringin makan kek yang manis-manis berlemak? Bukan itu sahaja, kek yang lembut ini buatkan anda rasa nak makan lagi. Satu keping tak cukup!
Jom buat sendiri? Kalau buat sendiri, boleh je nak makan dua ke tiga ke sepuluh keping. Sampai puas, kan? Tunggu apa lagi, jom sediakan peralatan dapur dan bahan-bahan.
Bahan-bahan:
Bahan kek:
- 375g tepung optima atau tepung sponge mix
- 6 biji telur
- 90ml air
- 2 sudu kecil ovalet
- 90g mentega cair
- 2 sudu kecil esen vanila
Bahan hiasan:
- Whipping cream
- Sos butterscotch
Cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan kecuali mentega cair. Gaul rata.
2. Pukul perlahan selama seminit, kemudian naikkan kelajuan pemutar adunan sehingga adunan gebu.
3. Kemudian, masukkan mentega cair. Gaul sehingga sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek yang dilapis dengan baking paper. Bakar pada suhu 180°C selama 25 minit.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!