makan

Lebih 3K 'Shares', Ini Resepi Kuah Lada Kelapa Bakar Dari Melaka. Aromanya Menusuk Hidung!

Sedapnya tak terhingga...

Cover image via Durrani Damar (Facebook)

Orang Melaka confirm tau kuah lada kelapa bakar ni apa...
Kuah yang pedas dan sedap ini sungguh menggamit selera. Mana taknya, kuah ini seakan-akan kuah asam pedas yang sangat menyelerakan. Aromanya emm perfect!

Image via GIPHY

Jom belajar masak, bahan dan cara senang saja. Ikuti resepi spesial yang dikongsikan oleh Durrani Damar di laman Facebooknya. Anda bersedia? Jom masuk dapur!

Bahan-bahan:

Bahan kisar:

  • Cili kering
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar ketumbar


Bahan tumbuk:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • 1 sudu besar biji halba (digaul)

Bahan lain:

  • Ikan
  • Kelapa bakar
  • Asam jawa
  • Air secukupnya
  • Daun limau purut
  • Tomato
  • Terung
  • Kacang bendi
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Tumbukkan semua bahan tumbuk. 

2. Masukkan kelapa dalam ketuhar. Bakarkan seketika. 
3. Potong kelapa menjadi hirisan kecil. 
4. Kisarkan semua bahan kisar sehingga lumut. 
5. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumbuk. Kemudian, masukkan bahan kisar sehingga naik bau. 

6. Kemudian, masukkan kelapa bakar yang dah dihiris. 

7. Seterusnya, letakkan ikan, air asam jawa dan air. Biarkan mendidih. 

8. Masukkan daun limau purut.

9. Seterusnya, masukkan terung, bendi atau tomato. Perasakan dengan garam secukup rasa. 

Yay, dah siap! Sedia untuk dihidang... Jom makan dengan keluarga tersayang.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi mantap yang lain?

Jom make over dapur:

Nak belajar masak? Dapatkan gajet-gajet dapur yang senangkan kerja ni: