makan

Lebih 1K 'Shares', Ini Resepi Nasi Tomato Lengkap Yang Mudah & Lazat. Kenyang Sehari!

Perut kenyang, hati pun senang. :)

Cover image via Zara Zahara (Facebook)

Pening hari-hari fikir nak masak apa? Dah kehabisan idea nak fikir lauk apa yang sedap dan senang dimasak... Nah, don't you worry!

Apa kata masak nasi tomato je? Sedap, senang pula tu. Settle dah lunch atau dinner! Confirm kenyang, nasi dan ayam masak merah. Dimakan panas-panas. Umphh, puas hati. Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Zara Zahara. Memang padu...

Resepi ini disediakan untuk 20 orang makan, jika anda ingin hasilkan dalam kuantiti yang sedikit, anda boleh kurangkan sukatan bahan

Bahan-bahan:

Bahan nasi

  • 6 cawan beras basmathi
  • 1 cawan beras biasa
  • 3 biji tomato
  • 1 biji tomato (dicincang dadu)
  • 2 tin susu cair
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • Halia (dihiris)
  • 4 sekawan
  • Daun pandan
  • 2 kiub pati ayam
  • 1 sudu besar garam
  • Marjerin atau minyak

Bahan tumisan ayam

  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 biji bawang holland (dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 bunga cengkih
  • 2 buah pelaga
  • 1 bunga lawang

Bahan kisar ayam
  • Halia
  • 2 biji bawang besar
  • 1/2 biji bawang holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili api

Bahan kuah ayam 

  • Cili boh
  • 3 sudu besar santan
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa

Bahan acar 
  • Timun
  • Lobak merah
  • Bawang merah
  • Lada besar
  • Cuka
  • Gula
  • Garam
  • Air 

Cara penyediaan nasi:

1. Campurkan susu cair, tomato yang dikisar, garam, kiub pati ayam dan air dalam satu bekas untuk tanak nasi. Kemudian, rendam beras basmathi dan beras biasa selama satu jam. Jika sudah kembang, toskan.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, halia, daun pandan dan 4 sekawan hingga naik bau wangi.
3. Masukkan semua bahan nasi kecuali tomato dan tunggu sehingga mendidih. 
4. Kemudian, masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam periuk ini. Letakkan tomato dan kacau rata. Perlahankan api dan kacau sekali kala supaya beras tidak patah. Tutup periuk sehingga nasi masak. 
5. Bila nasi dah masak, kacau nasi dari tepi hingga tengah. Gemburkan secara perlahan-lahan. 

Cara penyediaan ayam masak merah:

1. Untuk ayam, kisarkan bahan kisar sehingga lumut. Kemudian, sediakan juga hirisan bawang putih dan bawang holland untuk ditumis.
2. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam secukup rasa. 
3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak dengan menggunakan api sederhana.
4. Dalam kuali yang sama, tumiskan bahan tumisan ayam sehingga naik bau.
5. Masukkan bahan kisar ayam dan masak sehingga pecah minyak. Kemudian, letakkan sos cili, sos tiram, garam, air dan sedikit santan.
6. Seterusnya, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata. Akhir sekali, letakkan sedikit kicap.

Cara penyediaan acar:

1. Untuk acar, hiris semua bahan acar di atas mengikut kreativiti masing-masing.
2. Gaul rata semua bahan. Lebihkan gula untuk dapatkan rasa yang seimbang. 

Siap dah hidangan yang cukup lazat dan beraroma ini... Confirm sekeluarga serbu meja makan tepat pada masanya!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi lengkap yang buat perut anda kenyang sehari?