Roti Tuna Cheesy Crunch, Curry Chicken Crunchy Serta 2 Lagi Resepi Sarapan Unik & Rangup
Semua resepi ini memang simple!
Sudah pasti anda rasa bosan setiap kali sarapan mesti menu yang sama saja bukan?
Sarapan memang penting dan wajib diambil untuk semua orang demi penjagaan pemakanan yang sihat. Busy mana pun, pastikan anda mengambil sarapan sebelum memulakan pekerjaan atau pelajaran.
Namun, kadangkala tak ada idea nak masak apa sehingga bosan nak sarapan, betul tidak? Jangan risau, kami akan bawakan 4 resepi sarapan yang simple, unik dan super rangup. Rasanya pun sedap, memang takkan cukup satu.
Roti Tuna Cheesy Crunch
Bahan-bahan:
- 100g isi ikan tuna
- 2 sudu besar mayonis
- 1 bawang merah (dicincang)
- 1 sudu kecil MAGGI CukupRasa
- 4 keping roti
- 2 keping daun salad
- ½ biji tomato (dihiris)
- 2 keping keju
- ½ cawan Nestlé GOLD Cornflakes (dihancurkan)
- 1 sudu kecil minyak masak
- 2 biji telur
Cara-cara:
- Hancurkan isi ikan tuna di dalam mangkuk. Masukkan mayonis, bawang merah yang telah dicincang dan MAGGI CukupRasa. Gaul rata.
- Letakkan campuran isi tuna di atas sekeping roti. Letakkan daun salad, tomato dan keju. Tutup semula dengan sekeping roti.
- Salutkan sandwich dengan telur. Kemudian salutkan dengan Nestlé GOLD Cornflakes.
- Panaskan minyak masak. Gorengkan dengan sehingga garing. Sedia untuk dihidang.
Curry Chicken Crunchy Wrap
Bahan-bahan:
Bahan A: Inti Ayam
- 300g dada ayam
- 1 sudu besar serbuk kari
- 30g MAGGI Sambal Tumis
- 1 sudu kecil MAGGI CukupRasa
- ¼ Cawan Yogurt Greek
- 1 cawan NESTLÉ GOLD Cornflakes
- 4 sudu besar minyak masak
Bahan B: Salsa
- 1 biji bawang besar
- 1 biji tomato
- 2 tangkai daun ketumbar
- ½ sudu kecil MAGGI CukupRasa
- 2 sudu besar jus lemon
Bahan C: Lain-lain
- 5 keping balutan tortilla
- 5 helai daun salad
- 1 biji tomato
- 1 biji timun
- 5 sudu besar MAGGI Sos Cili (pilihan)
Cara-cara:
Gaulkan serbuk kari, MAGGI Sambal Tumis, MAGGI CukupRasa dan Yogurt Greek sehingga sebati. Perapkan pada isi ayam selama 30 minit.
Salutkan isi ayam dengan NESTLÉ GOLD Cornflakes. Panaskan minyak masak, goreng sehingga garing. Ketepikan.
Gaulkan hirisan bawang besar, hirisan tomato, hirisan daun ketumbar, MAGGI CukupRasa dan jus lemon sehingga sebati.
Susun daun salad, hirisan tomato dan timun di atas roti tortilla. Letakkan ayam yang telah digoreng. Letakkan salsa dan balut kemas.
Bakar di atas kuali leper. Sedia untuk dinikmati bersama MAGGI Sos Cili.
Nasi Goreng Sambal Garing
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar minyak masak
- 10g ikan bilis
- 1 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 100g dada ayam
- 2 biji telur
- 30g MAGGI Sambal Tumis
- 400g nasi putih
- 100g lobak merah
- 100g kacang buncis
- 2 ½ cawan NESTLÉ GOLD Cornflakes
- 2 tangkai daun bawang
Cara-cara:
Panaskan minyak masak, gorengkan ikan bilis sehingga garing. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dicincang, tumis sehingga garing.
Masukkan isi ayam. Goreng sebentar. Masukkan telur. Goreng sehingga garing.
Masukkan MAGGI Sambal Tumis. Goreng sehingga pecah minyak.
Masukkan nasi putih, lobak merah dan kacang buncis. Gaul sehingga rata.
Masukkan NESTLÉ GOLD Cornflakes. Gaul rata. Taburkan daun bawang dan sedia untuk dihidang.
Bubur Sira Pedas Gold Honey Flakes Ikan Bilis
Bahan-bahan:
- 2.5L air
- 1 cawan beras
- 2 Kiub Pati Ayam MAGGI
- ½ inci halia
- 100g lobak merah
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 3 sudu besar minyak masak
- 50g ikan bilis
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 60g MAGGI Sambal Tumis
- 1 cawan NESTLÉ GOLD Honey Flakes
- 1 sudu besar gula
- 2 tangkai daun bawang
Cara Memasak:
Masukkan air, beras, Kiub Pati Ayam MAGGI dan halia ke dalam periuk. Didihkan sehingga beras hancur. Masukkan lobak merah. Gaul rata sehingga lobak menjadi lembut. Masukkan minyak bijan. Gaul rata.
Panaskan minyak masak, gorengkan ikan bilis sehingga garing. Ketepikan. Kemudian, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
Masukkan MAGGI Sambal Tumis, tumis sehingga pecah minyak. Gaul rata sehingga kering.
Masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan NESTLÉ GOLD Honey Flakes, gaul rata sehingga sebati. Masukkan gula. Gaul sebati.
Tuangkan bubur di dalam mangkuk, tambahkan sambal sira ikan bilis dan NESTLÉ GOLD Honey Flakes dan taburkan daun bawang.
Haa, resepi yang mudah tetapi dapat menikmati sarapan unik, sedap dan memang crunchy.
Tunggu apa lagi, jom start buat resepi sarapan yang menarik menggunakan Nestlé GOLD Cornflakes!
Kepingan rangup yang diperbuat daripada jagung emas dan kebaikan bijian penuh untuk memulakan pagi anda dengan bertenaga.
Nestlé GOLD Cornflakes bukan sahaja menyajikan sarapan pagi yang lazat, ia juga mengandungi vitamin dan mineral untuk memulakan hari dengan bertenaga bersama keluarga tersayang.
Banyakkan khasiat Nestlé GOLD Cornflakes? Apa lagi, jom try cepat resepi unik dan rangup ini.
Untuk maklumat lanjut Nestlé GOLD Cornflakes, sila layari laman web mereka di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!