makan

Jom Cuba Resepi Stew Daging Kentang Yang Empuk & Likat. Menyelerakan & Confirm Terangkat!

Sluuurp, sedapnya dapat makan ni. :)

Cover image via Kamarul Ariffin Nor Sadan (Facebook)

Pernah tak ada mood yang malas nak makan, tapi nak makan something warm, bersup dan mengenyangkan...

Image via GIPHY

Jangan risau dan jangan runsing lagi. You guys boleh menikmati kuah yang likat dengan daging yang empuk, fuh mantap! Ratah je dengan roti kosong atau makan dengan nasi putih. Tak tipu, sedap tak terhingga...

Tunggu apa lagi? Tak sabar dah nak cuba resepi yang dikongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman Facebooknya. 

Bahan-bahan:

  • 300gm daging lembu atau kambing (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang Holland
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji kentang
  • 1 sudu serbuk paprika atau cili
  • 1 sudu biji ketumbar
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu lada hitam
  • 2 sudu puri tomato
  • 1 sudu krim masam (sour cream)
  • 1 batang daun sup
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Potong kentang sehingga menjadi kecil. Goreng menggunakan api sederhana. Toskan dan ketepikan. 
2. Goreng daging menggunakan api besar supaya dapat tekstur luar yang garing. Goreng sehingga daging keperangan dan jangan terlalu kering. 
3. Masukkan bawang Holland dan bawang putih. Tumis sehingga keperangan.
4. Kemudian, letakkan biji ketumbar (boleh juga gunakan serbuk).
5. Masukkan jintan manis dan tumis. 
6. Seterusnya, masukkan puri tomato dan tumis sehingga kering. 
7. Kemudian, letakkan serbuk paprika (boleh juga digantikan dengan serbuk cili atau cili kisar). Jangan banyak kerana hidangan ini tak sepatutnya pedas. 
8. Tumis dan perasakan dengan garam. Gaul rata. 
9. Seterusnya, masukkan 4 cawan air. Kaut biji ketumbar dan jintan yang timbul kemudian buang supaya tak termakan nanti bila dihidang. 
10. Ambil 1-2 potong kentang yang dah goreng dan lenyekkan. Kemudian, letak dalam renehan tadi supaya kuah menjadi likat. 
11. Tutupkan dan biarkan daging masak sepenuhnya. 
12. Masukkan kentang setelah daging dah lembut. 
13. Perasakan dengan sedikit lada hitam. Gaul rata. 
14. Akhir sekali, masukkan satu sudu krim masam (boleh digantikan dengan yogurt). Kacau rata. 

Jeng... Jeng... Jeng... Dah siap, hiaskan sikit dengan sour cream, baru nampak sedap!

Close up sikit... Fuh, terangkat! Memang padu.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi sup panas-panas?

Jom make over dapur:

Dapatkan tips-tips dapur di sini:

You may be interested in: