makan

Attention Udang Lovers! Ini Masanya Untuk Cuba Resepi Udang Cendawan Pedas Yang Meletop Ni

Juicynya, sekali ngap pasti nak lagi!

Cover image via Iza Abu Bakar (Facebook)

Peminat udang sekalian, jangan lupa untuk cuba resepi ini. Gabungan cendawan dan udang, umph kenyal, juicy, pedas-pedas manis... Heaven!

Sedap makan dengan nasi panas-panas. Satu lauk ni dah cukup dah untuk sekali hidangan. Ada cendawan, udang fuh mantap! Nak tau cara hasilkan hidangan ini? Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Iza Abu Bakar

Bahan-bahan:

  • 13 ekor udang (dibuang kulitnya)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 bawang besar (dihiris)
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 batang saderi (dihiris)
  • 1 pokok daun ketumbar (dipotong lebih kurang 1/2 inci)
  • 1 pokok daun bawang (dipotong 1 inci)
  • 1 pek cendawan Snow White
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar mentega 
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Garam
  • Gula 

Cara penyediaan:

1. Perapkan udang dengan cili kisar, jintan manis, gula dan garam seketika.
2. Panaskan mentega dan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan udang yang diperap tadi dan biarkan udang masak seketika. Tambahkan sedikit air.
4. Kemudian, masukkan daun saderi, cendawan Snow White, daun ketumbar dan daun bawang. Biarkan sehingga udang masak. 

Ok dah siap. Ambil nasi dan sedia untuk dihidang! Jom makan...

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Sukakan udang? Jangan risau kami ada banyak resepi udang untuk anda:

Dapatkan tips-tips kendalikan barang dapur di sini: