Tunggu Kad Generasi Baharu, JPN Umum Cetakan MyKad Terganggu Untuk Sementara Waktu
Gangguan sementara dijangka bermula 1 September sehingga 7 September ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengumumkan mereka sedang melalui proses peralihan daripada MyKad struktur sedia ada kepada MyKad Generasi Baharu
Menerusi kenyataan di Facebook, JPN memaklumkan gangguan sementara untuk cetakan MyKad yang dijangka bermula hari ini hingga 7 September.
Sehubungan itu, JPN juga menasihati orang ramai supaya tidak tergesa-gesa untuk membuat penukaran atau gantian MyKad. Penangguhan disyorkan untuk urusan tersebut sepanjang tempoh berkenaan.
Bagi ibu bapa yang membuat permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, mereka juga digalakkan untuk menunggu seketika.
"Bagi urusan permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, ibu bapa atau penjaga digalakkan untuk menunggu seketika bagi membolehkan anak menerima MyKad Generasi Baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat," kata JPN.

Jabatan tersebut menyatakan mereka menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai
JPN menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang proses peralihan struktur ini. Mereka juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin akan timbul disebabkan gangguan sementara ini.
Maklumat lanjut mengenai MyKad Generasi Baharu boleh didapati di laman rasmi JPN.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via