Netizen Tampil Kongsi Momen Paling Epik & Meriah Sempena Perarakan Merdeka 2026

Kenangan terindah yang akan ingat sampai bila-bila.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap tahun, perarakan kemerdekaan Malaysia pasti akan menarik perhatian ramai orang yang menjadi kemegahan dan kebanggaan rakyat

Malaysia baru sahaja selesai menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 semalam dengan perarakan penuh meriah di Putrajaya semalam.

Netizen pun tidak lupa untuk berkongsi saat-saat menarik dan menyentuh hati yang berlaku ketika perarakan Merdeka kali ini.

Disiarkan oleh seorang pengguna Threads bernama @hafizrxhim, ramai hadir untuk berkongsi saat-saat paling epik di Putrajaya semalam.

"Warga Threads, kongsikan saat paling epik, siapa yang hadir dekat Putrajaya tadi!" katanya di Threads.

Malah bukan di Putrajaya sahaja, ramai turut berkongsi video-video perarakan Merdeka di negeri mereka sendiri.

Semangat berkobar-kobar orang ramai kongsi saat terbaik yang berlaku ketika perarakan

Dikongsikan oleh @bolatravaloa di Threads, video itu menunjukkan anggota polis yang sanggup berhenti sementara untuk mengambil gambar bersama seorang budak yang memakai pakaian askar.

SAYS.com
Image via @bolatravaloa (Threads)

Satu video yang dikongsikan oleh @captain.falai menunjukkan barisan anggota badan beruniform sambil berterima kasih atas pengorbanan dan perjuangan mereka.

SAYS.com
Image via @captain.falai (Threads)

Seorang ibu berkongsi bahawa anaknya sangat gembira apabila seorang askar menepuk tangan anaknya.

SAYS.com
Image via @ndzrh_yhy (Threads)

Walaupun ketika raptai, seorang ibu berkongsi abang bomba memberikan rantai kunci bomba comel kepada anaknya.

SAYS.com
Image via @arifahroseli_ (Threads)

Seorang wanita yang meletakkan nota "Hari ini hari jadi Kakak, hon dua kali terima kasih". Dia memberitahu dari Putrajaya ke Kajang sehingga Shah Alam, ramai orang turut memberi hon, mengucapkan selamat hari jadi. Dia juga berkongsi video jet pejuang yang membuat persembahan ketika sambutan Hari Kemerdekaan.

SAYS.com
Image via @aisysnpz (Threads)

Banyak lagi saat-saat epik yang telah dikongsikan. Bagi anda, apakah saat-saat terhebat ketika sambutan Hari Kemerdekaan yang paling diingati?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: