Tragedi Banjir Kilat Nepal 51 Rakyat Malaysia Masih Hilang & Gagal Dihubungi

Terus doakan yang terbaik buat semua rakyat Malaysia di Nepal.

Enlarge text
Cover ImageCover image via BERNAMA & AFP

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pihak berkuasa pelancongan Nepal telah mengeluarkan 537 nama warga asing dari 30 lebih negara

Satu tragedi besar telah berlaku disana susulan banjir kilat besar di daerah Rasuwa baru-baru ini.

Senarai ini telah dikeluarkan semalam di laman web Jabatan pelancongan di bawah Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Penerbangan Awam Nepak bertajuk "Tourist List (Out of Contact) in Bhotekoshi Flood".

Dilaporkan oleh BERNAMA, senarai tersebut terkandung maklumat mengenai mereka yang dilaporkan hilang, termasuk nama, kewarganegaraan, usia dan agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan mereka.

SAYS.com
Image via Reuters

51 rakyat Malaysia masih perlu dikenal pasti

Dalam senarai berkenaan, seramai 51 rakyat Malaysia yang diuruskan oleh agensi pelancongan Leaf Holiday, Fishtail, Deam Tibet Travel and Tour, dan Kailash Journeys sebagai individu yang belum dapat dikesan.

Mereka ialah:

  1. A Ganesan Anandan
  2. Appannah A Muthaloo
  3. Arunasalam Karuppiah
  4. Azman Bin Karim
  5. Balasingam Kesavan
  6. Brabaakaran Krishnan
  7. Eswary Mani Raj
  8. Gunanesan Vellaisamy
  9. Gunavathy Muthusamy
  10. Inthumathy Subramaniam
  11. Jason Ngeow
  12. Kalai Mathe Karuppaiah
  13. Kalaiselvi P Narayanasamy
  14. Kannan Kerisna
  15. Karunanithi Sundram
  16. Kirubanithi Alagappan
  17. Komathi Rethinam
  18. Krishnan Vadivelu
  19. Letchumy Sinnappan
  20. Lingam Samykanoo
  21. Malani M Vellu
  22. Mangala Vanan Krishnasamy
  23. Mohd Fakhrul Munir Bin Mohd Isa
  24. Mohd Nohan Bin Salim
  25. Mohd Padzil Bin Daros
  26. Mohd Sani Bin Harul
  27. Muhamad Nasir Bin Abdul Talib
  28. Muhammad Haziq Bin Ismail
  29. Murukan Supramaniam
  30. Nahentran Ganasan
  31. Navein Palani
  32. Neelavany Marimuthu
  33. Padmahwathi A Govindasamy
  34. Poobalan Murgaya
  35. Poornima Alagappan
  36. Rajita Sivan
  37. Raman Supramaniam
  38. Ravindar Ayyavoo
  39. S Gomathi Sitoralingam
  40. S Ramu Sawasamy
  41. Santhanaletchmi Tiruganasambandam
  42. Saraswathi Nagaratnam
  43. Saratha Alagappan
  44. Shabuddin Bin Mun
  45. Suguna Balan
  46. Thanapalan Muthoo
  47. Vallie Palaniasamy
  48. Vanajah Vadival
  49. Vennila Muniandy
  50. Vijayan Perumal
  51. Yougesvari Subramaniam
SAYS.com
Image via AFP

Senarai ini menunjukkan India mencatatkan bilangan tertinggi warganegara yang hilang iaitu seramai 178 orang, Amerika Syarikat (65) dan Ukraine sebanyak 53 orang.

Nepal telah melaporkan lebih 1,400 mangsa hilang, 469 disahkah maut susulan banjir kilat. Kira-kira tiga juta meter padu (m³) air, bersamaan 1,200 kolam renang bersaiz Olimpik telah mengalir ke tasik yang ditambak dalam tempoh tiga hari lagi.

Dilaporkan, beberapa keluarga yang menunggu di Malaysia masih menanti khabar dan berharap orang ramai terus mendoakan rakyat Malaysia di Nepal.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: