17 Promosi Makanan & Minuman Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026

Jangan lupa grab!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

1. Beutea

Beutea kini menawarkan White Peach Oolong Milk Tea dan Jasmine Green Milk Tea dengan harga RM6.90 setiap satu bermula 1 hingga 31 Ogos ini.

Promosi ini eksklusif untuk pesanan pengambilan dan penghantaran melalui aplikasi, jadi anda perlu memesan melalui aplikasi Beutea bagi mendapatkan harga istimewa ini.

2. CU

CU telah menambah beberapa item baharu ke dalam menunya istimewa smepena Hari Kebangsaan.

Anda akan menemui pilihan inspirasi tempatan seperti Tomyam Istimewa, Signature Tomyam, Curry Chicken Toasties, Mini Cheezy Sosej Skewers, ban yang baru dibakar dan juga Watermelon Milkshake.

Selain itu, ahli Aplikasi myNEWS boleh mendapat tambahan 50 mata dengan setiap item baharu yang dibeli sepanjang bulan Ogos.

3. Dunkin'

Dunkin' membawakan beberapa citarasa Malaysia yang biasa ke dalam menunya untuk tempoh masa yang terhad.

Dari 3 Ogos hingga 13 September, anda boleh mendapatkan donat yang diinspirasikan oleh Butter Kaya, Kopi Susu dan Onde-Onde, berserta minuman seperti Kopi Putih dan 3 Layer Tea.

SAYS.com
Image via Pavilion Bukit Jalil

4. Empire Sushi

Dengan hanya membelanjakan RM21 anda boleh menambah lima keping sushi dengan hanya RM6.90.

Sebuah tawaran yang sesuai bagi anda yang mahu mendapatkan sushi tambahan untuk diri sendiri atau berkongsi dengan rakan-rakan yang lain.

5. FamilyMart x OATSIDE

Dari 5 Ogos hingga 22 September, belanjakan RM15 atau lebih untuk berpeluang menerima blind box OATSIDE percuma menampilkan sebuah patung beruang comel dengan mood yang berbeza.

Anda boleh memilih variasi perisa seperti Latte, Caramel Macchiato, Original dan Coklat.

SAYS.com
Image via FamilyMart Malaysia

6. Gamaro Chicken & Burger

Gamaro Chicken & Burger mempunyai set kongsi untuk dua orang yang mungkin patut anda dapatkan jika anda berada di The Curve.

Ia menawarkan Merdeka Rapokki Signature Set yang berharga RM69 dan dibuat khas untuk dikongsi dua orang.

7. Inside Scoop

Koleksi Inside Scoop's Lokal Legends kembali dengan sembilan perisa aiskrim yang diinspirasikan oleh jenama dan perisa istimewa Malaysia.

Antara yang tersenarai tahun ini termasuk Gardenia's Choc-A-Lot Twiggies, ZUS' Ube Latté, Oriental Kopi's Kaya Butter Toast, Boh's Teh Tarik dan perisa yang diinspirasikan oleh jenama seperti Secret Recipe, Farm Fresh, Beryl's, Mister Potato, dan Cap Tangan.

8. K Fry Urban Korean

K Fry Urban Korean membawakan beberapa perisa inspirasi Malaysia ke dalam Rasa Kick Series terbaharunya.

Bermula dari 10 Ogos hingga 30 September, menu baharu ini merangkumi K'rispy Gochu Mayo Chicken, Poppin' Sweet Corn Bingsoo dan Velvet Sweet Corn Shake.

Terdapat juga cabaran di mana anda boleh berpeluang memenangi hadiah seperti fon kepala Bose bernilai sehingga RM1,799, barangan K Fry dan ayam goreng boneless percuma.

SAYS.com
Image disediakan kepada SAYS

9. Madam Kwan's

Madam Kwan's menyediakan beberapa hidangan citarasa Malaysia di dalam satu menu.

Menu Merdeka Platter For 2 didatangkan dengan rendang, sate, kari, sambal dan banyak lagi dengan harga RM65.80++, berserta dua minuman Coca-Cola Rasa Asli percuma.

10. McDonald's

McDonald's hadir dengan perisa sundae istimewa yang dipanggil Kon Gemilang. Ia menggabungkan sundae yang sejuk dan berkrim dengan rasa jagung yang manis, menjadikannya tambahan yang agak menarik untuk menu pencuci mulut.

11. Mykōri

Peminat CheeseKeki mempunyai masa dua minggu untuk mendapatkan perisa kegemaran mereka dengan harga lebih rendah.

Bermula 1 hingga 14 Ogos ini, ahli Mykōri boleh mendapatkan diskaun RM6.90 untuk semua perisa CheeseKeki, termasuk Chocolate Velvet, Matcha Berry dan Pistachio Crunch.

Tawaran ini tersedia di semua cawangan Mykōri, serta di TikTok Shop dan Shopee.

12. Oriental Kopi

Oriental Kopi mengekalkan sarapan tempatan dengan dua pilihan dari RM12.90 sepanjang bulan Ogos.

Anda boleh memilih Nanyang Curry Chicken Nasi Lemak dengan semua hidangan nasi lemak biasa, atau memilih Rojak Pulau Pinang jika anda ingin sesuatu yang lebih ringan.

Promosi ini tersedia di cawangan Oriental Kopi di seluruh negara, kecuali cawangan lapangan terbang.

13. Pizza Hut

Pizza Hut memberikan sentuhan Malaysia terhada hidangan Pan Pizza mereka dengan dua perisa baharu iaitu Pizza Kari Laksa dan Pizza Durian Brûlée.

Harga bermula dari RM6.90 dengan setiap pembelian piza bersaiz biasa.

Anda boleh menjangkakan rasa tempatan dalam dua hidangan yang menerima sentuhan rasa kegemaran rakyat Malaysia, yang dihidangkan pada Pan Pizza Hut yang tebal dan gebu.

14. The Chicken Rice Shop

The Chicken Rice Shop telah menyediakan kombo makanan tempatan istimewa dengan harga RM16.90.

Kombo Lah Tempatan didatangkan dengan Crispy Roast Chicken Rice, Penang Rojak atau Keropok Lekor dan minuman ringan 12oz.

Jadi, anda boleh mendapatkan beberapa hidangan kegemaran Malaysia dalam satu hidangan.

15. The Coffee Bean & Tea Leaf

Mulai 5 Ogos, belanjakan sekurang-kurangnya RM49 dalam satu resit dan anda boleh menebus pek pelekat Merdeka dan pelekat kereta percuma.

Terdapat rekaan berbeza yang dikeluarkan setiap minggu, jadi anda boleh mengumpulnya sepanjang bulan.

16. Starbucks

Starbucks menjadikan hari Rabu lebih meriah dengan tawaran harga murah melibatkan minuman terpilih berharga RM9.90.

Tawaran ini merangkumi minuman seperti Asian Dolce Latte, Kopi Kaw Latte dan Ais Kepal Frappuccino.

Jadi anda boleh menikmati minuman kafein pada pertengahan minggu tanpa perlu berbelanja terlalu banyak.

17. Verrona Hills

Verrona Hills menawarkan diskaun tambahan sepanjang bulan Ogos apabila anda berbelanja RM30 atau lebih dalam satu resit.

Sebaik sahaja anda mencapai perbelanjaan minimum, anda boleh mendapatkan barangan seperti Shio Pan dengan harga RM2.90, jem kaya dengan harga RM6.90 dan kek atau pastri terpilih pada harga diskaun. Tawaran adalah tersedia selagi stok masih ada.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: