Karnival Jom Heboh 2026 Kembali Gegarkan Johor Bahru Bermula 30 Oktober Ini

Alami sendiri kemeriahan yang hanya boleh dirasai di KJH di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall dari 30 Oktober hingga 1 November 2026.

Cover ImageCover image via Jom Heboh

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Khabar gembira buat warga Johor, bersiap sedia untuk merasai
kehangatan acara padang paling ikonik di Malaysia!

Karnival Jom Heboh (KJH) 2026 bakal kembali memeriahkan Padang B, Angsana Johor Bahru Mall selama tiga hari berturut-turut bermula 30 Oktober hingga 1 November 2026 (Jumaat hingga Ahad), menjanjikan hujung minggu penuh hiburan, tawaran menarik dan pelbagai aktiviti mesra keluarga yang meraikan semangat kebersamaan masyarakat Johor.

Memasuki tahun penganjuran yang ke-23, Karnival Jom Heboh telah diiktiraf sebagai "LONGEST RUNNING OUTDOOR CARNIVAL" oleh The Malaysia Book of Records. Acara padang berkonsepkan kekeluargaan dan kemasyarakatan ini terus menjadi destinasi riadah seisi keluarga dengan pelbagai aktiviti menarik, persembahan hebat serta pengalaman hiburan yang menyatukan masyarakat.

SAYS.com
Image via Jom Heboh

Sepanjang tiga hari penganjuran, pengunjung bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti riadah, hiburan dan pertandingan menarik seperti Pertandingan Karaoke Drama Sangat, Buletin Challenge, sesi Meet and Greet bersama barisan pelakon drama TV3 dan personaliti TV9, Kids Colouring Contest, pemeriksaan kesihatan dan gigi percuma, Zumba, Jom Lokal Jam serta kemuncak yang dinanti-nantikan, Konsert Jom Heboh pada malam Sabtu dan Ahad.

Tidak ketinggalan, selain reruai di bawah naungan Media Prima, lebih daripada 150 reruai lain turut menawarkan promosi hebat dan hadiah menarik untuk para pengunjung! Antara jenama lain yang turut serta ialah Mi Sedaap, FGV, BABA'S, AFFIN Bank, CELCOMDIGI dan banyak lagi jenama dan produk terkenal. Lebih menarik lagi, anda sekeluarga boleh meluangkan masa berkualiti sambil menikmati pelbagai makanan viral.

Jom Heboh Fun Run Lari Baik-Baik bersama KWSP

Selepas sambutan yang menggalakkan pada edisi di Kota Samarahan dan Miri, Jom Heboh Fun Run Lari Baik-Baik bersama KWSP kini meneruskan kemeriahannya ke Johor Bahru, sempena Karnival Jom Heboh (KJH) Johor Bahru 2026 dengan pengalaman yang lebih meriah dan penuh ganjaran. Para peserta bukan sahaja berpeluang membawa pulang medal finisher eksklusif, malah turut menerima jersi rasmi, tote bag, bib eksklusif dan goodies yang menarik.

Tahun ini, larian turut diperluaskan kepada dua kategori iaitu 5KM dan 8KM. Bagi menggalakkan penyertaan seisi keluarga, Jom Heboh Fun Run turut memperkenalkan Pakej Keluarga eksklusif bagi kategori 5KM, yang menawarkan kadar istimewa untuk penyertaan empat (4) orang dalam satu pendaftaran.

Lebih mengujakan, 50 hadiah cabutan bertuah menarik menanti para peserta, selain kemeriahan bersama Artis Drama, personaliti Media Prima serta artis dan ramai lagi selebriti yang bakal memeriahkan acara ini.

SAYS.com
Image via Jom Heboh

Penganjuran KJH terus mengekalkan reputasinya sebagai platform komuniti yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dengan kehadiran purata lebih 300,000 pengunjung bagi setiap lokasi. Dengan gabungan hiburan, gaya hidup dan perkhidmatan rakyat, edisi kali ini dijangka memberikan pengalaman yang lebih menyeluruh dan bermakna kepada para pengunjung.

Karnival Jom Heboh (KJH) Johor Bahru tahun ini menjanjikan pengalaman yang menyatukan hiburan, gaya hidup sihat dan interaksi komuniti dalam satu acara mega yang tidak wajar dilepaskan. Sertai ribuan pengunjung di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall dari 30 Oktober hingga 1 November 2026 (Jumaat hingga Ahad) dan alami sendiri kemeriahan yang hanya boleh dirasai di KJH.

Gunakan tanda pagar rasmi kami #KJH, #KarnivalJomHeboh dan #KJHJohor untuk berkongsi detik istimewa anda. Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my atau ikuti kami di Facebook dan Instagram: @jomhebohofficial.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: