Keluarga Di Rawang Buat Rayuan Selamatkan Banglo 106 Tahun Daripada Dirobohkan

Difahamkan, banglo tersebut mempunyai seni bina gabungan Cina, Melayu dan Palladian.

Enlarge text
Cover ImageCover image via FMT

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah keluarga di Rawang masih berharap dapat pembelaan Mahkamah Rayuan untuk menyelamatkan banglo mereka yang berusia 106 tahun

Ianya selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan menetapkan 18 Ogos sebagai tarikh untuk perobohan rumah tersebut, lapor Free Malaysia Today.

Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini telah menolak permohonan penangguhan terhadap perintah perobohan pada 11 Ogos, menyebabkan keluarga itu membawa perkara berkenaan ke Mahkamah Rayuan.

Wakil keluarga, Maljindar Singh Sidhu Brar, yang juga dikenali sebagai Jimmy, berkata telah memfailkan sijil segera (certificate of urgency).

"Sebab utama saya bersungguh-sungguh mempertahankan rumah ini adalah kerana ia merupakan kediaman warisan keluarga kami. Kami telah menetap di sini sejak 65 tahun yang lalu," katanya.

SAYS.com
Image via FMT

Mahkamah Rayuan telah menetapkan 18 Ogos untuk mendengar rayuan terbabit, hari yang sama rumah itu dijadualkan dirobohkan

Rumah itu kini didiami Jimmy, ibu, isteri dan dua orang anak mereka. Jimmy berkata keluarga mereka telah melakukan permohonan sebanyak tujuh kali untuk memperoleh tanah tersebut.

"Setiap kali memohon, pihak berkuasa memaklumkan bahawa kawasan tersebut telah terikat di bawah pajakan perlombongan dan meminta kami memohon semula setelah pajakan itu tamat," katanya.

Dalam surat-menyurat terakhirnya dengan Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Jimmy mendapat makluman bahawa pajakan itu akan tamat tempoh pada akhir tahun 2025.

Walau bagaimanapun, pada awal tahun 2025, keluarganya mendapat tahu bahawa pajakan itu telah diperbaharui selama 20 tahun lagi, sehingga akhir tahun 2045.

"Apabila kami bertanyakan nasib permohonan pemindahan milik tanah kami, pihak mereka berdiam diri. Bukan kami tidak menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan hak milik hartanah ini. Kami telah berusaha sejak tahun 1962 lagi," katanya.

SAYS.com
Image via FMT

Banglo terbabit dibina pada tahun 1920 oleh Berjuntai Tin Dredging Bhd, yang memegang pajakan perlombongan untuk kawasan tersebut pada masa itu

Pada tahun 1959, syarikat itu telah menjual hartanah berkenaan kepada pekerjanya, Pologa Nathan, yang kemudiannya menjualnya kepada nenek Jimmy, Gurtha Kaur.

Menurut laporan berita terdahulu, keluarga itu pada mulanya memohon pada tahun 1967 kepada Pejabat Tanah Kuala Kubu Bharu (kini Pejabat Tanah Gombak), untuk memperoleh tanah tersebut tetapi tidak menerima balasan.

Jimmy berkata Gurtha memindahkan kepentingannya dalam hartanah tersebut kepada keluarga pada tahun 1989 melalui surat ikatan penyerahan hak (deed of assignment).

Walau bagaimanapun, dia memaklumkan pajakan perlombongan untuk tanah itu telah pun diberikan kepada dua syarikat pengeluar simen pada masa itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik