1 Februari Sebagai World Hijab Day Khusus Untuk Pemakaian Hijab Secara Global. Jom Semua!
'World Hijab Day' ini akan diperingati setiap tahun pada tarikh 1 Februari bertujuan untuk meminta masyarakat di seluruh dunia dari pelbagai latar belakang agama untuk mengenakan hijab pada hari tersebut.
Hijab bermaksud 'halangan'.
Di mana dalam Islam, ia merujuk kepada prosedur berpakaian secara keseluruhan yang sopan serta sesuai dengan hukum agama Islam.
Memang benar, bagi agama lain, pemakaian hijab bukanlah sesuatu yang wajib. Namun tidak salah untuk mereka tampil mengenakan hijab atau berpakaian sopan bertujuan untuk menghormati agama dan budaya di negara yang majoriti mempunyai penduduk beragama Islam.
Dengan cara itu, mereka juga akan tampak lebih manis.
Tahukah anda, pada tanggal 1 Februari setiap tahun merupakan hari untuk meraikan pemakaian hijab secara global?
Hari tersebut dikenali sebagai 'World Hijab Day'
World Hijab Day Organization meminta supaya masyarakat di seluruh dunia tidak kira bangsa atau agama untuk mengenakan hijab dalam masa satu hari pada tanggal 1 Februari.
Ia bertujuan untuk menyokong setiap wanita muslim di seluruh dunia supaya lebih kuat walaupun setelah menerima segala diskriminasi. Selain itu, kempen World Hijab Day juga ditubuhkan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada setiap masyarakat bahawa penggunaan hijab bukanlah tekanan kepada wanita.
Malah, setiap wanita di seluruh dunia juga boleh merasai sendiri pengalaman mengenakan hijab selama satu hari.
Untuk lihat sendiri senarai penuh selebriti terkenal antarabangsa yang pernah mengenakan hijab dan berpakaian sopan, boleh klik di sini.