seismik

[GAMBAR] Apabila "Minah Saleh" Mengenakan Hijab. Manis Dan Cantiknya 10 Sistur Kita Ni!

Mereka mengenakan hijab bukan atas tuntutan agama mereka, tetapi atas dasar hormat kepada budaya dan masyakat Islam.

Cover image via Google

Meskipun bertudung atau berhijab merupakan identiti wanita Islam, namun banyak selebriti Hollywood yang kadang kala mengenakannya

Hijab itu sendiri sebenarnya bermaksud "halangan," yang mana dalam Islam merujuk kepada prosedur berpakaian secara keseluruhan yang sopan dan sesuai dengan hukum agama Islam.

Walau bagaimanapun, bagi agama lain, ianya bukanlah sesuatu yang wajib untuk dikenakan. Namun begitu, beberapa selebriti Hollywood telah tampil mengenakan hijab bukan atas tuntutan agama, tetapi lebih kepada menghormati kepada agama dan budaya di negara majoriti Islam yang mereka telah kunjungi.

Antara selebriti itu termasuklah:

1. Camila Cabello

Bersempena dengan festival muzik RedFest DXB 2018 di Abu Dhabi, penyanyi, Camila Cabello sempat singgah ke Sheikh Zayad Grand Mosque sambil berpakaian sopan lagi berhijab.

2. Lady Gaga

Image via Just Jared
Image via Just Jared

Lady Gaga tampil berpakaian serba tutup sambil mengenakan hijab, berbeza dengan gaya kebiasaannya semasa berada di Istanbul, Turki.

Pada ketika itu, penghibur terkenal itu singgah di negara itu buat perteama kalinya bersempena dengan artRave: The ARTPOP Ball Tour pada tahun 2014.

3. Puteri Kate Middleton

Image via The Bright Spot

Semasa mengadakan lawatan antarabangsa di Malaysia pada tahun 2012, Puteri Kate Middleton telah mengenakan hijab ketika melawat Masjid Assyakirin di Kuala Lumpur.

4. Kendal Jenner & Gigi Hadid

Dua model antarabangsa, Kendall Jenner dan Gigi Hadid sempat berswafoto dengan gaya berhijab ketika singgah ke Sheikh Zayad Grand Mosque di Abu Dhabi.

5. Dua Lipa

Dua Lipa, penyanyi British, juga telah mengenakan hijab ketika melawatke Sheikh Zayad Grand Mosque di Abu Dhabi.

6. Rihanna

Di masjid yang sama, penyanyi penuh kontroversi, Rihanna, telah mengadakan photoshoot yang mana telah mendapat kecaman beberapa pihak disebabkan gayanya yang dikatakan melampau.

7. Paris Hilton

Selebriti Hollywood yang sering tampil seksi Paris Hilton telah memilih untuk berhijab semasa mengadakan lawatan ke Sheikh Zayad Grand Mosque di Abu Dhabi.

8. Angelina Jolie

Image via Arah.com
Image via Arah.com

Selaku wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, Angelina Jolie yang terkenal kerana kerap melakukan misi kemanusiaan, telah mengenakan hijab ketika melawat negara Islam seperti Pakistan, Iran, dan Afghanistan.

9. Lindsay Lohan

Atas dasar hormat pada adat dan budaya, pelakon, Lindsay Lohan, dilihat turut mengenakan hijab apabila singgah ke Dubai dan negara-negara Timur Tengah.

Manisnya mereka ini berhijab!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara artis Malaysia yang baru berhijrah mengenakan hijab:

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: