seismik

11 Kali Kena Curang, Bella Dedah Aliff Turut Jalin Hubungan Dengan Adik Perempuannya

Kesiannya Bella.

Cover image via Kosmo & Yahoo News

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai isu rumah tangga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah dan suaminya Aliff Aziz

Bella mendakwa suaminya itu pernah berlaku curang terhadapnya sebanyak 11 kali dalam rumah tangga mereka.

Dia mendakwa mempunyai bukti yang cukup terhadap setiap perbuatan curang suaminya berkenaan.

"Orang tahu Aliff curang empat dan lima kali sahaja, tapi sebenarnya 11 kali. Saya ada bukti dan Aliff tahu semua ini.

"Selepas Aliff ditangkap khalwat saya tak bagi apa-apa kenyataan sebab saya sendiri terkejut walaupun ada yang fitnah tuduh saya buat perangkap,"
katanya kepada Berita Harian.

Dedah Aliff turut curang dengan adik perempuannya sendiri

Apa yang lebih mengejutkan ramai adalah Bella turut mendedahkan Aliff pernah curang bersama adik Bella sendiri.

"Seperti diketahui ramai, saya sebenarnya ada tiga adik-beradik perempuan. Aliff pernah curang dengan adik saya.

"Punyalah saya sayang pada Aliff, sampaikan saya buang keluarga saya sendiri. Allahuakbar.

"Saya tak pernah dedah mengenai perkara ini, tetapi saya terpaksa sebab orang yang saya sanjung seperti keluarga mentua pun tak sangka berpaling tadah," katanya lagi.

Difahamkan, Bella memberitahu Aliff dan adiknya bertukar mesej meminta hubungan mereka dipermudahkan ketika dirinya dan Aliff mengerjakan ibadah umrah pada 2022.

"Sebenarnya, ada mesej kononnya minta doakan hubungan mereka ketika kami mengerjakan umrah. Adik saya juga pernah temankan Aliff ke Gegar Vaganza.

"Allah, saya sakit dada nak cerita. Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaik-baiknya. Soal adik memang kesilapan sangat besar. Kami sekeluarga sudah tidak balik ke kampung.

"Terpaling teruk dan saya kesali, saya buang adik, tak buang Aliff," dakwanya.

Jalin hubungan dengan Muaz untuk buat Aliff cemburu

Sebelum ini, Bella membuka mulut mengenai dakwaan menjalinkan hubungan dengan pelakon baharu, Muaz Zabir yang tersebar luas.

Tujuan asalnya bersama Muaz semata-mata mahu membuatkan suaminya, Aliff Aziz cemburu yang ketika itu curang dengan dua wanita.

"Sebenarnya untuk kes ini, ia terjadi tahun lalu. Ia sudah lama dan niat saya mahu membuatkan suami cemburu. Saya percaya rakan-rakan saya kenal dan tahu bagaimana saya sayang kepada Aliff.

"Jadi, saya gunakan seseorang untuk buat suami cemburu kerana pada ketika itu Aliff curang bersama dua wanita lain," katanya.

Walaupun kes itu  sudah setahun berlalu namun, Bella juga mengakui silapnya itu kepada umum.

Lihat video itu di bawah:

@kopiplanet Bella Astillah mendedahkan Aliff Aziz sudah 11 kali curang sepanjang 10 tahun perkahwinan mereka, termasuk dengan adik ipar sendiri… #fyp #foryourpage #foryoupage #BellaAstillah #AliffAziz #curang #artis #pelakon original sound - KopiPlanet.com

Berat ujian buat Bella ini, semoga dia terus kuat :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: