seismik

15 Luahan Cinta Monyet Di Laman Confessions Uni Tempatan. #6 Buat Kami Geleng Kepala

Macam-macam masalah, macam-macam drama dan macam-macam cerita dikongsikan.

Cover image via SAYS.com

Sudah menjadi 'trend' bagi mana-mana universiti untuk mempunyai laman Facebook 'confession' sendiri. Di sini, para pelajar boleh meluahkan apa sahaja yang mereka mahu tanpa identiti mereka didedahkan.

Yang paling banyak diluahkan semestinya kisah cinta. Kami menghabiskan masa beberapa jam lawati beberapa laman 'confession' universiti tempatan dan ini cerita cinta paling menarik yang kami jumpa.

1. PERHATIAN kepada Roslina Zakaria, abang Satria NEO putih dan Syarifullah Yahya, ada orang minat kat awak semua. Sila lakukan sesuatu.

2. Ada seorang 'sister' di UIA yang sanggup lalu depan Kyros Kebab semata-mata nak cuci mata tengok lelaki 'salt-pepper-hair'

3. Ada tak sesiapa yang dapat nota yang ditulis dengan pen dakwat cair warna biru kat UITM Shah Alam? Sila beri respon dengan segera dan tidak menghilangkan diri.

4. Nak kahwin dengan orang luar negara? Fikir lagi sekali sebelum membuat keputusan ya.

5. Apabila perempuan dan lelaki jadi 'bestfriends', maka terdetiklah perasaan cinta. Biasalah tu kan?

6. Tak ada salahnya kalau kawan baik jatuh cinta. Tapi macam mana pulak kalau cinta sejenis? Hmmm...

7. Dear capital J dari UITM Kota Samarahan, tolonglah jangan cuba elakkan diri dari lelaki ni. Kesian dia.

8. Seorang lagi lelaki yang kami kesian. Kalaulah dia tahu ada BEBERAPA akak 'senior' suka kat dia dulu, jalan cerita hidupnya mesti jadi lebih indah.

9. Yang ni paling bagus. Terus fikir tentang hidup berumah tangga bersama suami tersayang siap letak hashtag #akunakKAWEN

10. Kami juga jumpa dua pelajar UUM yang marah. Satu sebab rindu 'boyfriend', satu lagi tak tahulah sebab apa. Kalau dilihatkan pada namanya, dia memang betul-betul marah.

11. Ada jugak yang bercinta dengan lelaki yang tak pernah jumpa langsung dan 12 tahun lebih tua. Lepastu tersepit di tengah-tengah bila dah kenal lelaki lain yang sama umur.

12. Sama jugak macam kes ni. Dah ada 'boyfriend' tapi tiba-tiba hati macam terbuka untuk orang lain.

13. Nak gayut tiap-tiap hari dalam telefon dengan pasangan tu boleh tapi janganlah sampai orang lain 'annoyed'

14. "Hey you, I like you. Yes you," luah seorang gadis UIA yang jatuh cinta pandang pertama di kampus

15. Satu benda je yang kami nak cakap, "UNTUNGLAH!"

Ada lagi kisah cinta menarik yang kami terlepas pandang? 'Screenshot' dan hantarkan kepada kami di Facebook SAYS SEISMIK.

Sebelum ini, kami juga banyak menemui perkara-perkara pelik dan kelakar dalam laman 'confession' universiti swasta. BACA SINI:

You may be interested in: