28 Kawasan Dilaporkan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini, Negeri Perak Paling Tinggi
Difahamkan, Tasek Ipoh, Perak merekodkan bacaan tertinggi iaitu 182.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Keadaan kualiti udara di beberapa kawasan di Malaysia masih berada pada tahap tidak sihat pagi ini, dengan 28 lokasi merekodkan bacaan IPU melebihi 100
Menurut laporan Kosmo!, data Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar (MyEQMS) yang dikemas kini pada 9.54 pagi menunjukkan Tasek Ipoh, Perak merekodkan bacaan tertinggi iaitu 182.
Seri Manjung turut berada dalam senarai teratas dengan bacaan 180, manakala Sungai Petani, Kedah dan Pegoh Ipoh masing-masing mencatatkan IPU 160.

Beberapa lokasi lain mencatatkan bacaan antara 157 hingga 160, antaranya Taiping, Cheras, Putrajaya, Nilai dan Johan Setia
Di Pulau Pinang pula, bacaan 156 direkodkan di Seberang Jaya dan Minden, sementara Batu Muda, Kuala Lumpur mencatatkan 155.
Antara kawasan lain yang berada dalam kategori sama termasuk Seberang Perai, Tanjung Malim dan Shah Alam dengan bacaan 154.
Kuala Terengganu merekodkan IPU 153, manakala Batu Pahat dan Jerantut masing-masing mencatatkan 152. Seremban pula berada pada bacaan 151.
Turut direkodkan ialah Bukit Rambai (148), Banting dan Kluang (144), Petaling Jaya (135), Bandaraya Melaka (133) serta Kulim Hi-Tech (132).
Alor Gajah, Balik Pulau dan Kuching pula masing-masing merekodkan bacaan 111, 110 dan 109. Walau bagaimanapun, sebanyak 32 kawasan masih berada pada tahap sederhana dengan bacaan IPU antara 51 hingga 100.
Untuk rekod, IPU 0 hingga 50 dikira sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana dan 101 hingga 200 tidak sihat. Bacaan 201 hingga 300 pula dikategorikan sangat tidak sihat, manakala melebihi 300 adalah berbahaya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via