seismik

5 Kedai Wainscoting Di Shopee Ini Mampu Jadikan Rumah Anda Lebih Cantik & Eksklusif

Jom DIY rumah dengan kos jimat tapi nampak mewah!

Cover image via Shopee Malaysia

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sejak kebelakangan ini, ramai yang sudah mula meminati dekorasi rumah dan bilik menggunakan teknik wainscoting

Image via Hias.My

Kalau ada yang belum tahu apa itu wainscoting, ia merupakan panel-panel kayu yang diletakkan di bahagian bawah dinding di bahagian ruang tamu dan bilik rumah anda.

Selain warna putih, anda juga boleh mengecat panel kayu itu dengan warna pilihan tersendiri untuk menaikkan lagi seri di sudut kegemaran anda. Tambahan pula ada lampu oren, fuhh memang nampak mewah!

Tak tahu dekat mana nak cari? Untuk memudahkan anda, kami akan kongsikan beberapa kedai di Shopee yang menjual wainscoting ini dengan harga berbaloi. Lepas ini mesti lagi semangat nak deko rumah!

Antara lima kedai yang menjadi pilihan customer di Shopee:

1. tenderlover

Image via Shopee

Kedai ini merupakan best seller yang menjadi pilihan ramai di Shopee. Terdapat pelbagai saiz dan design yang dijual untuk memudahkan lagi anda membuat pilihan mengikut citarasa. Anda perlu pre order dulu dan mereka akan membuat penghantaran dalam masa tujuh hari.

Harga: RM3.00 hingga RM7.20
Klik di sini untuk beli.

2. omnimart

Image via Shopee

Jika anda tidak sukakan wainscoting yang terlalu plain, anda boleh beli jenis bercorak di kedai ini. Mereka juga menjual empat warna iaitu putih, gold, silver dan bronze. Ukiran corak itu dapat menimbulkan lagi wainscoting di rumah anda. Cara pemasangannya juga senang, hanya buka dan tampal saja.

Harga: RM5.99
Klik di sini untuk beli.

3. dynalocflooring

Image via Shopee

Kedai ini juga menjual dua warna wainscoting iaitu putih dan gold. Terdapat pelbagai saiz bermula dari 15mm sehingga 84mm dengan pilihan design yang cantik-cantik. Jika anda mengambil sendiri di kedai mereka, anda akan dapat diskaun lebih. Wow!

Harga: RM8.00 hingga RM40.00
Klik di sini untuk beli.

4. valoobuy

Image via Shopee

Sama seperti kedai lain, kedai ini menjual wainscoting putih dan gold dengan dua pilihan sama ada material PVC atau foam. Antara kelebihan kedai ini adalah panelnya keras dan tahan lasak. Ia juga mudah dipasang dan tidak mengecut berbanding wainscoting getah. Selain itu, ia boleh dicat bersama dinding sekali. Mudah bukan?

Harga: RM24.30 hingga RM49.50
Klik di sini untuk beli.

5. viralshop.my

Image via Shopee

Akhir sekali, kedai ini menjual wainscoting berwarna pearl white dan menariknya, anda boleh memotong mengikut saiz pilihan hanya menggunakan gunting saja tau. Kalau anda beli lebih dari satu roll, anda akan dapat double tape secara percuma saja. Jadi, boronglah banyak-banyak okay!

Harga: RM23.48
Klik di sini untuk beli.

Lepas dah pasang wainscoting ni confirm lagi cantiklah rumah. Nak bergambar pun seronok, nampak moden dan elegan! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: