seismik

5 Port Best Nak Makan Durian Di Kuala Lumpur Dan Selangor - "Dijamin Sedap & Berlemak!"

Siapa yang hantu durian tu pergi serbu cepat.

Cover image via Rizky Durian (Facebook) & Chen Brothers Durian & Fruit

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Musim raja buah tiba lagi! Haa, peminat durian mesti tak sabar nak pulun makan dengan kawan-kawan dan keluarga kan?

Dapat lepak satu meja sambil borak dan makan durian memang nikmat. Tahu-tahu je dah berbakul durian habis.

Mesti ada yang masih tertanya, dekat area Kuala Lumpur ni dekat mana tempat makan durian yang best?

Mari sini kami nak kongsikan lima port menarik untuk anda makan durian sampai puas!

1. Rizky Durian

Bagi anda tinggal berhampiran Kota Damansara dan belum pernah pergi ke Rizky Durian, anda memang rugi. Dekat sana, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis durian pada harga yang sangat berpatutan tau!

Alamat: PJU 5, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 12pm - 12am

2. SS2 Durian House Stall

SS2 di Petaling Jaya ini merupakan salah satu tempat paling happening untuk anda menikmati durian dengan kawan-kawan atau keluarga. Mereka juga menyediakan bufet durian, di mana anda hanya perlu membayar RM50 untuk 'all-you-can-eat' D24 atau XO. Anda juga boleh membeli sekilo D24 dengan harga serendah RM12!

Alamat: PT1967, Jalan SS 2/61, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 12pm - 12am

3. 318 Durian Stalls

Kalau anda peminat Musang King, di sinilah tempat yang anda wajib pergi! Musang King yang dijual di 318 Durian Stalls ini memang lemak berkrim dan harganya amat berpatutan. Harganya juga bergantung pada gred durian yang dijual.

Alamat: Jalan Gembira, Taman Gembira, 58200 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11am - 11.45pm

4. CKS Durian

Bagi anda tinggal di Cheras dan sedang mencari durian, CKS Durian menyediakan pelbagai jenis durian segar yang sudah dikopek. Jadi, anda tak perlu buang masa untuk mengopeknya sendiri di rumah nanti. Antara durian yang popular di sini ialah Black Gold, Tekka dan Musang King.

Alamat: 20, Jalan Indah 1/6, Taman Indah, 43200 Cheras, Selangor
Waktu operasi: 1pm - 10.30pm

5. Chen Brothers Durian & Fruit

Salah satu gerai durian yang paling ramai cari di Kuala Lumpur ialah Chen Brothers Durian & Fruit yang terletak di Kepong Baru. Anda boleh sampai ke sana dengan menaiki KTM dan berhenti di stesen Kepong. Kemudian, anda perlu berjalan kaki kira-kira 15 minit untuk sampai ke sana.

Alamat: Jalan Mergastua, Kepong Baru, 52100 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 12.30pm - 10pm

Lepas dah pulun makan durian tu jangan lupa minum air masak banyak-banyak tau! :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: