seismik

5 Sebab Kenapa 'Go Shop' Bukan Macam Saluran Beli-Belah Yang Lain

"Ada fon, boleh beli. Ada tablet, boleh beli. Ada PC, boleh beli."

Cover image via says.com

1. 24 jam - Tak kiralah sama ada waktu pagi, tengahari, petang, malam atau tengah malam sekalipun, promosi barangan boleh didapatkan pada bila-bila masa. Rasanya tak ada saluran lain macam ini yang bersiaran selama 24 jam di Malaysia.

Image via Astro Go Shop

Ya, kesemua promosi produk ditayangkan selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu TANPA HENTI di saluran 'Go Shop TV' (Astro Saluran 118), 'NJOI' dan aplikasi 'Astro On The Go' untuk peranti mudah alih dan tablet.

2. Demonstrasi produk - Untuk memastikan kepuasan pelanggan, 'Go Shop' menyediakan langkah demi langkah cara penggunaan bagi setiap produk. Bila dah faham macam mana nak guna, barulah orang akan beli.

Image via Astro Go Shop.

Bukan setakat disiarkan selama 24 jam tanpa henti, 'Go Shop' juga ada demonstrasi serta cara penggunaan produk dengan jelas dari langkah pertama sampai ke akhir.

Selepas ini takkan ada lagilah pelanggan yang tak tahu macam mana nak gunakan produk yang dibeli.

3. Produk eksklusif - Dari Malaysia hingga ke Korea Selatan, 'Go Shop' banyak mempromosikan produk-produk "terhangat di pasaran" yang berkualiti premium. Lebih penting, kesemuanya adalah EKSKLUSIF dan ASLI.

Image via Astro Go Shop
Image via Astro Go Shop
Image via Astro Go Shop

Macam-macam produk ada di 'Go Shop' termasuk digital dan elektronik, barangan rumah dan peralatan dapur, produk kecergasan, kosmetik, aksesori fesyen dan barang-barang lain.

Kesemuanya dari jenama tempatan dan antarabangsa yang dipercayai dan berkualiti premium.

Dengan kerjasama peruncit multimedia dari Korea Selatan, GS Home Shopping Inc., 'Go Shop' juga banyak membawa masuk pelbagai produk dari negara itu.

Jadi, buat apa pergi ke tempat lain kalau segalanya ada di 'Go Shop'?

4. Cara pembelian mudah - Tertarik dengan salah satu produk? Anda boleh pilih beberapa cara pembelian yang ringkas dan mudah menerusi telefon, tablet dan juga PC.

Image via gentleninja.com

Ada fon, boleh beli. Ada tablet, boleh beli. Ada PC, boleh beli.

Nak beli barang dari 'Go Shop'? Hubungi terus talian 1800-82-0088, dan pengendali 'Go Shop' akan membimbing anda melalui proses pembelian.

Selain itu, pembelian juga boleh dilakukan melalui aplikasi 'Astro On The Go' dan juga melalui laman web 'Go Shop' di www.goshop.com.my.

Senang kan?

5. Testimoni pelanggan - Tonton video testimoni dan baca maklum balas dari pelanggan untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas, lebih daripada sekadar penilaian produk dan ulasan yang anda biasa tengok.

Image via Astro Go Shop

Ingin mencuba? Alami sendiri pengalaman membeli-belah alaf baru di 'Go Shop' dan saksikannya secara langsung sekarang. 'Go Shop', ada TV boleh beli.

Image via j-14.com

Anda boleh melayari, menonton dan membeli produk-produk eksklusif di laman web 'Go Shop' melalui PC, komputer riba, tablet dan telefon mudah alih. Sebagai alternatif, anda juga boleh ikuti saluran 'Go Shop TV' di Astro Saluran 118, 'NJOI' atau 'Astro On The Go'.