seismik

71 Surau Dibenarkan Solat Jumaat & Majlis Akad Nikah Dibolehkan Dalam Tempoh PKPB Di KL

Arahan ini tertakluk kepada peraturan yang digariskan oleh MKN dan JAWI dari semasa ke semasa.

Cover image via Berita Harian & Pengantin Baru

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil maklum tempoh pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa bermula 27 Oktober 2020 sehingga 9 November 2020

Menurut Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sejumlah 71 buah surau telah diberi kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat dalam tempoh PKPB. Jumlah maksimum adalah 50 orang jemaah dengan penjarakan fizikal.

Jumlah maksimum tersebut juga bergantung mengikut keluasan surau. Jumlah surau ini akan ditambah dari semasa ke semasa, berdasarkan kelulusan Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pengantin Baru

Majlis akad nikah hanya dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin daripada JAWI dan temu janji sahaja

Kebenaran untuk menjalankan majlis akad nikah adalah terpakai bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di zon hijau dan kuning sahaja.

Majlis akad nikah pula hanya dijalankan di pejabat Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI dan Pejabat JAWI Putrajaya sahaja buat masa ini.

Rujuk notis makluman kebenaran majlis akad nikah yang dikeluarkan oleh JAWI di bawah:

Semua pihak terlibat hendaklah mematuhi garis panduan majlis akad nikah dalam tempoh PKPB yang telah ditetapkan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: