seismik

8 Tips Paling Efektif Untuk Elak Bibir Merekah & Cara Merawat. Barulah Dapat Bibir Mungil!

Yang penting jangan sesekali mengupas bibir ketika kering ya!

Cover image via Maisarah Mahmud & Cambon

Banyak sebenarnya faktor yang menyebabkan bibir merekah. Antaranya, apabila anda tidak membuang kesan gincu dengan cara yang betul, cuaca yang panas, kurang minum air dan sebagainya.

Keadaan bibir yang kering akan menyebabkan anda rasa tidak selesa. Individu yang mengalami masalah seperti ini selalunya senang mendapat sakit seperti ruam, kemerahan, luka kecil dan kulit menggelupas pada bahagian bibir.

Ini perkongsian tentang cara untuk anda mengelakkan bibir daripada menggelupas dan juga cara untuk anda merawatnya.

1. Sentiasa pakai lip balm, tak kisah jenama apa sekalipun

Antara jenama produk lip balm yang memang terbaik!

Image via Twitter @MaisarahMahmud

Sapukan lip balm untuk penyembuhan dan mengelakkan bibir pecah. Lip balm juga akan membantu untuk mengekalkan kelembapan dan melindungi bibir anda dari merekah.

Untuk pemilihan lip balm yang terbaik, pastikan ada semua bahan ini:

• Beeswax 

• Petroleum

 • Dimethicone

2. Gunakan petroleum jelly

Dengan penggunaan petroleum jelly ini boleh membantu untuk melindungi bibir daripada matahari yang boleh menyebabkan bibir kering dan merekah.

Sapukan setiap malam sebelum anda tidur ya!

3. Sapukan pelembap bibir

Image via Vemale Violet

Menggunakan pelembap bibir akan membantu bibir anda mengekalkan kelembapannya. Pelembap bibir juga adalah salah satu produk yang penting untuk memastikan bibir tidak mudah merekah.

Pastikan anda cari pelembap yang ada bahan seperti di bawah:

• Shea Butter
• Emu Butter
• Vitamin E Oil
• Coconut Oil

4. Menggunakan skrub untuk membuang sel mati pada bibir

Pengelupasan bibir adalah langkah pertama yang menyebabkan bibir merekah. Anda boleh menggunakan skrub untuk bibir dan pastikan anda gosok secara perlahan untuk mengelakkan luka.

Boleh gunakan skrub ini sebanyak 4-5 kali seminggu. Jika ada pilihan lain, boleh juga buat sendiri di rumah dengan menggunakan gula dan madu.

5. Gunakan lip mask

Image via Peach & Lily

Bukan muka je ada mask ya, bibir pun ada. Sebab itu pentingnya penjagaan kulit wajah, anda perlu ada semua jenis produk.

6. Gunakan lip balm yang mempunyai SPF

Antara produk yang disyorkan

Image via Twitter @MaisarahMahmud

Anda selalu lupa bahawa bibir anda selalu terdedah kepada sinaran matahari yang boleh menyebabkan ianya kering. Oleh itu, pastikan anda menggunakan produk yang mempunyai SPF.

7. Elakkan gigit atau jilat bibir anda ketika ianya kering dan menggelupas

Image via Cambon

Jika anda menjilat bibir ketika ianya kering, perkara itu akan membuatkan bibir anda lebih menggelupas. Memang nampak macam anda membasahkan bibir, tapi sebenarnya boleh membuatkan bibir anda semakin kering.

8. Jangan sesekali kupas bibir

Image via Feisbuuker

Perkara yang sering menjadi tabiat kita adalah mengupas bibir dan menyebabkan luka kecil, pendarahan, dan bengkak. Perkara ini akan menjadikan bibir lebih sukar untuk sembuh. Jadi, elakkan ya!

Jika bibir anda sudah menggelupas dan tidak tahu bagaimana cara untuk merawatnya, anda boleh ikut 6 tips di bawah untuk mendapatkan bibir merah bak delima! :)

Image via Metro Eve
  1. Minum air masak secukupnya. Ia akan mengembalikan kelembaban yang hilang dan menjaga tubuh agar terhidrasi dengan baik. Minum setidaknya 8 gelas sehari, terutama sebelum makan dan sebelum tidur.
  2. Gunakan madu asli untuk disapukan pada bibir anda setiap hari dan gunakan setiap pada waktu malam sebelum tidur.
  3. Gunakan minyak zaitun untuk membantu melembabkan bibir.
  4. Gunakan gula untuk skrub bibir anda. Pastikan gosok secara perlahan.
  5. Gunakan lidah buaya kerana ianya berguna untuk merawat bibir yang bermasalah.
  6. Gunakan petroleum jelly. Sapukan petroleum jelly pada bibir anda pada setiap malam dan cuci di waktu pagi.

Tak susah pun untuk mengekalkan kelembapan bibir, hanya dengan cara dan produk yang betul. Baru boleh dapat bibir macam Angelina Jolie! :P

Image via We Heart It

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan untuk manfaat bersama!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak muka yang flawless dengan menggunakan kos yang rendah? Baca sini:

Jom cuba tips di bawah untuk cara paling efektif kalau anda nak rawat muka 'breakout'!

You may be interested in: