seismik

9 Kelebihan Jika Anda Lebih Tinggi Daripada Teman Lelaki Anda

Cinta tidak mengenal ketinggian...

Cover image via loverofgossip.blogspot.com

Kebanyakan wanita kalau nak cari 'boyfriend', mesti nak cari yang 'tall', 'dark' and 'handsome' bukan?

Image via gfycat.com

Eh, KJ terasa ke tu?

Tetapi, tahukah anda yang lelaki rendah sebenarnya tidak kurang hebatnya. Kadang-kadang mereka lebih 'handsome' daripada lelaki tinggi.

Image via xtgem.com

Selain rupa paras yang boleh dijadikan bonus, ini antara sebab lain kenapa teman lelaki yang rendah mempunyai kelebihannya tersendiri (dari perspektif wanita)

1. Anda akan rasa seperti 'supermodel'

Tak perlu jadi model pun dah rasa macam seorang 'supermodel'. Bukan senang nak merasa jadi tinggi.

2. Senang nak tengok muka si dia

Image via Imgkid.com

Tak payah dongak lama-lama. Takdalah sampai sakit leher.

3. Dia susah nak buli anda

Image via fanpop.com

Pernah tengok situasi teman lelaki panggil 'girlfriend'nya pendek atau budak? Ini mungkin tidak akan berlaku jika mempunyai teman lelaki yang lebih rendah daripada anda.

4. Dia seorang yang lebih sensitif

Image via wordpress.com

Disebabkan ketinggiannya yang tak berapa cukup, mungkin dia pun selalu kena buli dengan kawan-kawan lelakinya yang lain. Sebab itulah hati mereka nipis seperti kulit bawang. Jadi mereka lebih memahami sifat sensitif yang ada pada wanita.

5. Lebih banyak ruang untuk anda dan si dia

Image via blogspot.com

Sama ada dalam kapal terbang, wayang, mahupun kereta, anda berdua tak perlu bertekak pasal ruang.

6. Gambar tidak perlu di'crop'

Image via WikiHow

Dua-dua mesti masuk gambar dan boleh terus 'upload' gambar anda berdua ke laman sosial tanpa perlu di'crop'. Maka tiadalah kes kepala teman lelaki anda tak masuk dalam 'frame'.

7. Tak payah pakai kasut tumit tinggi pun tak apa

Image via wp.com

Kebanyakan gadis di luar sana, setiap kali keluar 'date' dengan teman lelaki mesti kena pakai 'heels' sebab nak nampak tinggi. Penat kan? Tapi kalau teman lelaki lagi rendah, pakai 'flip flop' pun boleh.

8. Langkah semasa berjalan sama, tak perlu nak kejar

Image via imgur.com

Takdelah sampai ketinggalan jauh di belakang semasa berjalan. Mentang-mentang kaki dia panjang.

9. Jelas nampak dia seorang yang 'confident'

Image via cloudfront.net

Sebab apa dia lebih yakin daripada lelaki lain? Sebab dia berani mengorat wanita yang lebih tinggi daripada dia. Ingat senang?

Jadi, jika ada kawan-kawan anda yang mula komen "tapi dia pendek", terangkan sebab-sebab ini kepada mereka supaya mereka faham kenapa anda memilih teman lelaki rendah

Image via tumblr.com

Anda juga mungkin meminati:

You may be interested in: