AEON Tampil Hulur Bantuan & Tanggung Keperluan Bayi Untuk Pasangan ‘Diaibkan’

Bagusnya AEON!

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di sebalik kisah yang mengundang perhatian ramai baru-baru ini, masih ada sinar harapan apabila sebuah syarikat tampil menghulurkan bantuan dengan penuh empati

AEON Retail Malaysia menjadi perhatian warga maya selepas mengambil inisiatif menghubungi pasangan suami isteri yang sebelum ini tular susulan insiden yang berlaku di sebuah pasar raya.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pengguna Threads, @fareezshah10, yang memuat naik tangkap layar mesej diterimanya daripada pihak AEON.

Dalam mesej tersebut, AEON meluahkan rasa dukacita terhadap apa yang telah dilalui oleh Fareez dan isterinya, selain menawarkan bantuan sebagai tanda sokongan kepada pasangan berkenaan.

Lebih menyentuh hati, AEON turut menjemput mereka untuk membeli-belah di mana-mana cawangan yang paling dekat dan sesuai.

"Anda boleh memilih keperluan bayi yang diperlukan, dengan pembelian tersebut ditanggung oleh pihak kami," katanya.

SAYS.com
Image via ThreadsImage via

Menurut AEON, mereka sedar tiada bantuan atau kata-kata yang mampu menghapuskan sepenuhnya trauma yang dialami pasangan itu

"Namun, kami ingin anda tahu bahawa ingatan dan doa kami sentiasa bersama anda dalam menghadapi waktu yang sukar ini. Tiada sebarang kewajipan atau balasan yang diperlukan.

"Ini hanyalah cara kami untuk menunjukkan bahawa anda tidak bersendirian. Kami berharap sumbangan kecil ini dapat memberikan sedikit keselesaan dan membantu anda berdua meneruskan kehidupan selepas melalui pengalaman yang sukar ini,"
katanya.

Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian ramai, dengan ramai menyifatkan tindakan AEON sebagai satu contoh keprihatinan yang wajar dipuji.

Fareez sendiri mengakui tersentuh dengan layanan yang diterima dan mengucapkan penghargaan kepada AEON atas keikhlasan mereka menghulurkan bantuan.

"Terima kasih @aeonretail.my kerana menghubungi saya dengan penuh keprihatinan dan kemurahan hati.

"Keprihatinan yang ditunjukkan benar-benar amat bermakna buat kami. Kami sangat menghargai segala perhatian, rasa empati dan kebaikan yang diberikan.

"Semoga segala kebaikan ini dibalas berkali ganda. Terima kasih,"
kata Fareez.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tindakan AEON yang memilih untuk menghubungi pasangan tersebut secara peribadi tanpa menjadikan bantuan itu sebagai bahan publisiti.

Bagi mereka, tindakan itu menggambarkan keikhlasan sebenar dalam membantu individu yang sedang berdepan detik sukar, sekali gus membuktikan bahawa rasa empati tidak semestinya perlu ditonjolkan secara besar-besaran untuk memberi makna kepada mereka yang memerlukannya.

Lihat mesej itu di bawah:

SAYS.com
Image via Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: