seismik

11 Akaun Instagram Dari Malaysia Yang Anda Patut 'Follow' Jika Anda Minat Seni Lukis

Tambahkan perisa tempatan dalam Instagram feed anda.

Cover image via Dani Jamal

1. Hesharm Ebrahim

Gaya lukisan Hesham Ibrahim adalah landskap yang nampak simple tetapi penuh dengan kemasan terperinci. Gaya ini semakin popular di kalangan pelukis barat, dan siapa sangka, di Malaysia pun ada. Kombinasi lukisan dan pemandangan di negara tercinta memang mantap!

2. Mimi Mashud

A photo posted by Mimi Mashud (@mimsmash) on

Di saat artikel ini ditulis, nama Mimi Mashud semakin popular di kalangan dunia grafik Malaysia. Beliau sudah menerbitkan sebuah buku lukisan tentang pengembaraannya ke Beijing dan kini dia menyumbangkan lukisannya untuk siaran vlog kembara Henry Golding di Youtube. Cemburu!

3. Emila Yusof

A photo posted by Nor Emila (@emilayusof) on

Emili Yusof juga popular di kalangan bidang grafik percetakan. Beliau sudah mula menghasilkan buku kanak-kanak dan terkini sudah menerbitkan buku mewarna bagi golongan dewasa. Beliau juga pernah mereka muka depan majalah kembara tempatan, Gaya Traveller.

4. Dani Jamal

Gambar di atas telah menjadikan Dani Jamal popular di kalangan pengguna Instagram Malaysia.. Mana taknya, pelakon Fazura seperti yang dilukis dalam gambar di atas telah me'repost' gambar tersebut. Tak hairanlah, tengoklah kualiti lukisan digital beliau. Memang berbakat.

5. Dribblack

A photo posted by dribblack (@dribblack) on

Dribblack juga mula mengukir namanya dalam bidang seni lukis moden di Instagram. Bermula dengan usaha beliau tag artis seperti Neelofa dan Altimet pada lukisannya, kini beliau sudah mempunyai jenama t-shirt sendiri iaitu dribbapparel. Lukisan mata yang dihasilkan oleh Dribblack dengan hanya menggunakan pensel warna juga pernah meletup sehingga mendapat 7125 likes di Instagram tidak beberapa lama dahulu. Apa yang boleh kami katakan, lukisan Dribblack memang ultra realistik.

6. Sarah Joan Mokhtar

Orangnya cantik, dan siapa sangka bakat melukisnya juga cantik. Sarah Joan merupakan seorang pelukis komik profesional. Bukan senang nak jumpa perempuan yang boleh melukis, apatah lagi melukis komik seperti di atas. Memang tabik spring dengan bakat Sarah. Teruskan usaha kamu ya?

7. Miriam Omar

A photo posted by MIRO BY MIM (@mirobymim) on

Lukisan Miriam ini lebih kepada hipster style, tidak terlalu terikat pada konsep lukisan potret biasa. Sesuai jika dijadikan poster atau hiasan di kedai makanan barat.

8. Katun

Selain dari melukis di kertas, Katun juga seorang pelukis grafiti. Gaya persembahan lukisan beliau pun kita dah tahu, ada mesej yang nakal tetapi 'kuat' yang cuba disampaikan di sebaliknya.

9. Dzarull Jeffry

A photo posted by JEFF (@dzarull_jeffry) on

Dzarul Jeffry juga seorang pelukis grafiti. Lihatlah lukisannya, ada bahagian yang sharp dan bersegi-segi, dan gaya ini memang ada dalam mana-mana lukisan pelukis graffiti. Tapi walau apa pun, kami memang sukakan lukisan sebegini kerana ada perasaan rebel bila melihatnya.

10. Syukri Shairi

Syukri Shairi sering mengembara di luar negara untuk beberapa ketika sebelum pulang ke tanahair. Semasa di luar negara lagi, beliau telah mula membuat siri lukisan ala senibina seperti ini. Nama beliau mula dikenali bila dicadangkan oleh akaun kembara @whatevertherewas kepada para pengikut Instagram mereka.

11. Hsulynn Pang

A photo posted by Hsulynn Pang (@hsulynn) on

Yey! Seorang lagi pelukis wanita. Hsulynn lebih banyak bermain dengan warna air dan rekaan typography dalam hasil seninya. Lukisan beliau seolah-olah 'mengalir' dan membawa ketenangan jika diperhatikan. Skill typography Hsulynn juga hebat, sekali imbas nampak seperti ia dicetak, bukan dihasilkan dengan tangan. Bonus, dia comel orangnya.

Pernah tak anda terima 'friend request' dari ibu anda di laman sosial? Adakah anda approve atau sebaliknya?

You may be interested in: