seismik

Akibat Tak Pakai Face Mask, 54 Individu Dihukum ‘Renung’ Kubur Mangsa Covid-19

Ini baru betul.

Cover image via Google

Baru-baru ini di Jakarta, Indonesia, seramai 54 individu telah dihukum merenung kubur mangsa Covid-19 yang telah terkorban

Image via Harian Metro

Hukuman ini diberikan kepada mereka yang tidak mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ia telah dijalankan di kawasan perkuburan Praloyo di Jalan Lingkar Timur Sidoarjo-Jawa Timur.

Menurut laporan, mereka perlu menjalani hukuman ini bermula jam 11.30 malam sehingga 12.15 tengah malam. Selain itu, mereka turut diminta untuk duduk di sebelah kubur dalam keadaan diterangi lampu. Namun, tidak lama kemudian ia dipadamkan dan mereka diminta berdoa untuk mangsa terkorban.

Ketua Polis Sidoarjo, Pesuruhjaya Sumardji berkata, ia dilakukan sebagai pengajaran kepada mereka yang tidak memakai pelitup muka ketika pandemik Covid-19

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Jakarta Post

"Hukuman ini sengaja diberikan kepada mereka bagi memastikan masyarakat sedar mengenai kepentingan pemakaian pelitup muka," katanya.

Sementara itu, di Jakarta Selatan pula, bagi mereka yang tidak memakai pelitup muka, mereka akan didenda menyapu dan membersihkan kawasan pasar. 'Operasi Masker' dijalankan di kawasan itu minggu ini bagi mengesan individu yang tidak memakainya dan didenda membersihkan kawasan pasar berkenaan.

Mereka yang didapati ingkar memakai rompi berwarna oren yang tertera perkataan 'pelanggar PSBB' dan diarah menyapu kawasan pasar selama satu jam.

Ketua Pasukan, Nasrullah berkata, pesalah berkenaan diberikan dua hukuman iaitu denda dan kerja sosial.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Yang kena masuk dalam keranda pun ada ya. Jangan main-main!

Selepas pakai pelitup muka, kalau nak buang, ada caranya:

You may be interested in: