seismik

"Aku Dulu Hentam Dia" – Lelaki Merayu Agar Anwar Unblockednya Selepas Berubah Pandangan

Semuanya dah lain sekarang.

Cover image via @kojie_yama (Twitter) & Berita Harian

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum ketahui, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 Malaysia

Tentu sekali, ini berita yang amat ditunggu-tunggu selepas hampir lima hari menanti jawapan betul tak? Bermacam-macam perasaan yang dikongsikan oleh netizen di media sosial.

Walaupun platform media sosial mungkin berfungsi sebagai tempat terbaik untuk orang ramai berkongsi pandangan mereka, ia tidak menghalang orang yang dikritik untuk menapis pandangan negatif tersebut dengan menyekat orang tersebut.

Seperti yang terjadi pada seorang pengguna Twitter ini apabila dia memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta untuk menyahsekatnya pada platform berkenaan selepas berubah hati telah mendapat perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Suatu ketika dulu pernah 'hentam' Anwar dan kini menjadi penyokongnya

Menurut pengguna Twitter @kojie_yama yang telah menukar namanya kepada 'Harapan Utk Anwar Ibrahim Unblocked' (Berharap Anwar untuk Nyahsekat) untuk menunjukkan ketaatannya, dia berharap agar Anwar menjadi PM walaupun beliau kini disekat olehnya.

Dia juga siap mention anak Anwar, Nurul Izzah untuk memberitahunya supaya memaklumkan bapanya untuk membuka sekatannya.

"2012/13 memang aku kuat hentam DS, time tu pegangan berpaksikan dacing. Time to time perception aku berubah bila aku cari sendiri info tentang DS Anwar. Semuanya contra. So now Proudly support DS Anwar Ibrahim"

"Aku tukar pegangan aku pada 2015. Bila mahkamah persekutuan tolak rayuan. Dari situ aku rasa something wrong somewhere. Sebab Anwar Ibrahim firm dengan decision dia. So here me now. Walaupun di block dari tahun 2013/14. Doesn’t matter. Sokong tetap sokong walau dekat 10 tahun di block," tulisnya.

Susulan pengumuman baru-baru ini bahawa Anwar dipilih sebagai Perdana Menteri ke-10, dia sempat  mengucapkan tahniah kepadanya.

Lihat sambungan posting di bawah:

"Bang, dah kena unblock update eh" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka kepada lelaki tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 3,170 retweets, 194 quotes tweets dan 9,781 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Sabar bang, mungkin ada sinar nanti :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik: