Album Rosak Ajak Suami Kahwin Lagi, Gelagat Aunty Kena Interview Lepas Banjir Bikin Dekah
Mesti aunty ni ramai kawan Melayu kan? Selamba je dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Banjir yang menimpa penduduk di beberapa negeri baru-baru ini telah meninggalkan banyak kesan kepada mereka
Ada yang terlalu sedih kerana hilang harta benda sehingga menangis, malah ramai yang tidak tahu bagaimana mahu meneruskan hidup apabila semuanya lesap sekelip mata termasuk nyawa orang tersayang.
Namun, lain pula dengan sebuah video lucu yang tular ini apabila seorang mak cik India ditemu ramah oleh wartawan telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Luah rasa sedih album kahwin rosak kena banjir, tapi gaya cakap pula bikin dekah
Menerusi video yang dikongsi oleh @aiyuri_tissi, kelihatan mak cik itu sedang ditemuramah oleh wartawan dari Malaysia Gazette mengenai keadaan rumahnya yang terjejas banjir.
Apa yang menghiburkan adalah apabila gayanya bercerita tentang album kahwinnya yang rosak membuatkan ramai ketawa.
"Kenangan manis suami aku, gambar kahwin semua dah hancur. Kita mana boleh kahwin lagi sekali kan? Allah, macam mana lah ni," luahnya.
Bukan itu saja, dia siap bergurau ingin mengajak suaminya berkahwin sekali lagi, tetapi si suami tidak mahu.
"Sis! Kau dah kena banjir, gambar semua hancur masih boleh buat lawak antarabangsa. Ni mesti ramai kawan Melayu haha" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 738.7K views, 45K retweets dan 48.2K likes di Twitter, rata-rata netizen turut terhibur melihat gaya mak cik India itu berborak dengan wartawan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter: