seismik

Rileks Pakai Tuala SpongeBob, Lelaki Ini Selamba Menjala Ikan Masa Banjir Undang Tawa

Tukang rakam pun pandai ya nak minta sikit rupanya.

Cover image via @drmegatms (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Banjir teruk yang berlaku baru-baru ini di Kuala Lumpur dan Selangor telah mengakibatkan banyak jalan masih ditenggelami air

Susulan itu, ramai yang berkongsi rakaman semasa keadaan di rumah mereka. Tidak kurang juga, ada yang sampai terkandas beberapa hari di jalan raya kerana tidak boleh bergerak ke mana-mana.

Namun, tular pula sebuah rakaman lucu memaparkan seorang lelaki sempat menjala ikan di atas jalan raya telah mengundang dekah ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@drmegatms

Boleh jala ikan atas jalan raya

original sound - Namaku Megat

Teruja dapat jala banyak ikan dalam banjir

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna bernama @drmegatms, kelihatan lelaki itu sedang menjala ikan di sebuah jalan raya yang ditenggelami air.

Apa yang mengejutkan adalah ternyata jala yang dilemparnya itu dipenuhi dengan ikan-ikan sebaik saja dia menariknya. 

Perkara itu membuatkan si perakam video turut teruja lalu berjalan mendekatinya. Lebih melucukan lagi, dia sempat bergurau meminta sedikit ikan itu daripada lelaki berkenaan. 

"Datang acah-acah nak rakam padahal nak minta ikan sikit, haha puji ada makna" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sehingga 3.5M views, 262K likes dan 23.2k shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Dalam kesusahan, ada juga terselit rezeki untuk mangsa banjir. Semoga semua urusan mereka dipermudahkan :)

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via SAYS Seismik

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: