seismik

"Nangis Tengok" - Lelaki Redah Banjir & Jalan Kaki 20KM Cari Isteri Terkandas Di Bus Stop

Terbaik suami dia.

Cover image via @gadislesungbatu (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sejak beberapa hari lalu, banyak jalan di sekitar Lembah Klang terpaksa ditutup kerana ditenggelami banjir

Ramai yang terkandas di merata tempat dan tidak dapat berjumpa dengan keluarga tersayang kerana berhadapan kesukaran untuk berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain.

Tidak terkecuali dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki sanggup meredah banjir selama 20 kilometer untuk mencari isterinya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Telefon tak ada bateri dan stres terkandas seorang diri di bus stop, sekali nampak suami dari jauh

Menerusi video yang dikongsi oleh @gadislesungbatu, kelihatan dia terkandas di sebuah perhentian bas di TTDI akibat banjir.

Dalam keadaan seorang diri dan telefon sudah habis bateri, wanita itu berkata dia sangat stres sehingga menangis. Iyalah, siapa yang tak serabut bila berada dalam kesukaran seorang diri bukan?

Namun, di saat dia sedang menangis tiba-tiba muncul kelibat seorang lelaki datang kepadanya. Rupa-rupanya, itu adalah suaminya yang berjalan kaki meredah banjir dari Seksyen 11, Shah Alam ke TTDI demi mencari isteri tercinta.

"The feelings when you really hopeless then someone yang you harapkan muncul. Aku pun rasa nak nangis weh" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah mendapat 1M tontonan, 99.8K tanda suka dan 2.8K perkongsian di Tiktok, rata-rata netizen turut merasa sebak melihat betapa besarnya pengorbanan suami wanita tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sebak pula tengok, siapa tak sayang isteri kan. Semoga kasih sayang abang dan sis ni kekal bahagia hingga ke jannah :')

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via SAYS Seismik

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: