seismik

[VIDEO] Aksi Penduduk Klang Santai Main Banjir Siap Bawa Pelampung Macam Dekat Waterpark

"Lepaskan stress dulu sebelum nak kena kemas rumah pula" - Warganet.

Cover image via @jihiazman (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semenjak bencana banjir berlaku di beberapa negeri baru-baru ini, kita dapat lihat pelbagai gelagat mangsa banjir yang tetap tersenyum walaupun menghadapi kesukaran hidup

Ada yang melakukan aktiviti bersama keluarga untuk menghiburkan hati yang duka. Salah satunya dengan bermain air banjir.

Seperti sebuah video yang tular di TikTok ini memaparkan penduduk di Bandar Putera, Klang sempat menjadikan kawasan perumahan mereka sebagai waterpark mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Siap bawa pelampung, seronok ramai-ramai main air

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna bernama @jihiazman dengan kapsyennya "Bandar Putera Waterpark", kelihatan dia dan beberapa lagi jirannya membawa pelampung untuk bermain di kawasan perumahan mereka yang terjejas banjir.

Apa yang menghiburkan adalah mereka dilihat sangat tenang dan menikmati banjir dengan bermain air bersama keluarga seolah-olah tidak ditimpa musibah.

Lebih membuatkan ramai kagum adalah walaupun sedih, mereka tidak merungut dengan dugaan yang menimpa. Malah menggunakan kesempatan dan masa itu untuk meluangkan masa dengan keluarga tersayang demi menghiburkan hati terutamanya anak-anak.

"Nak sedih-sedih pun tak ada guna. Baik happy-happy kan diri ye dak? Terima jelah ujian Allah, yang penting bersyukur" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah tontonan sebanyak 1.4M, 151.5K tanda suka serta 6.3K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat mereka.

Malah, ada pula warganet yang tidak terjejas banjir berseloroh kononnya sakit hati melihat mereka enjoy-enjoy di sana.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Mungkin itu je cara mereka nak berseronok dan lupakan masalah kejap. Apa-apa pun, semoga semuanya kembali seperti sediakala :)

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via SAYS Seismik

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: