Anda Tak Perlu Keluar Rumah Lagi, Sekarang Dah Ada pandamart Kalau Nak Beli Barang Runcit!
Tak sampai 30 minit pun untuk penghantaran barang.
Umum sedia maklum, sejak berlakunya pandemik wabak Covid-19, rakyat Malaysia kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding untuk keluar dari kediaman masing-masing
Jika dulu tiap kali nak beli barangan runcit, mesti kita akan ke pasar raya, ke kedai, ke pasar tani dan sebagainya.
Tetapi sekarang ini, pembelian barangan runcit sudah semakin moden hingga boleh dibuat pesanan secara dalam talian atau online.
Jadi bagi menyahut seruan kerajaan untuk kita mengurangkan pergerakan keluar dari rumah jika tiada keperluan, lebih baik kita order saja barangan runcit ini melalui online.
pandamart dari foodpanda kini menawarkan servis penghantaran barangan runcit sehingga ke pintu rumah
Barangan runcit ini tidak hanya tertumpu kepada makanan semata-mata tetapi ia juga turut merangkumi barangan seperti produk kecantikan dan penjagaan bayi.
Apa saja barangan yang sering digunakan secara harian, boleh dihantar oleh pihak foodpanda mengikut jenis pesanan yang dibuat oleh pengguna.
Mungkin ada yang masih tak faham kenapa pandamart sepatutnya menjadi pilihan utama anda jika ingin membeli barangan runcit dan keperluan harian ini.
Berikut di bawah antara sebab pandamart menjadi platform penghantaran dengan servis yang berbaloi untuk pengguna:
1. Buat pesanan hanya di hujung jari
Dengan menggunakan servis pandamart ini, anda boleh jimatkan masa dan tenaga untuk keluar dari rumah untuk semata-mata mencari barangan runcit.
Jadi, buka sahaja aplikasi foodpanda dan pilih barangan yang anda mahukan hanya di hujung jari. Oleh itu, masa yang ada anda boleh gunakan untuk berehat bersama keluarga.
2. Nikmati penghantaran dalam masa kurang dari 30 minit
Bayangkan anda perlu memandu ke kedai runcit, cari parking dan kemudiannya tunggu pula nak beratur untuk membayar.
Kemungkinan besar anda memerlukan sekurang-kurangnya satu jam. Tapi dengan pandamart dari foodpanda ini, mereka boleh menghantar pesanan barangan runcit anda dalam masa kurang dari 30 minit sahaja.
3. Banyak pilihan dan tidak hanya terhad kepada barangan runcit sahaja
pandamart kini mempunyai lebih 3,000 penjual merangkumi 7-Eleven, Family Mart, Marks & Spencer, Lulu Hypermarket, Health Lane Pharmacy, Shell Select, Petron dan banyak lagi.
Ini bagi memudahkan anda untuk mendapatkan barangan keperluan harian yang mana tidak hanya terhad kepada barangan runcit malah termasuklah snek, minuman, barangan bayi, keperluan dapur, ubat-ubatan, produk pencuci, roti dan pastri, produk kesihatan serta banyak lagi.
4. Jimat lebih banyak dengan kod diskaun eksklusif
Apabila anda membeli-belah di foodpanda atau pandamart, anda akan membayar harga yang sama dengan apa yang dijual di kedai.
Selain itu, terdapat juga banyak kod diskaun yang ditawarkan, ini akan membantu anda menikmati penjimatan yang lebih besar.
5. pandamart tersedia di lebih 15 buah lokasi
Lokasi pandamart meliputi sekitar kawasan Bangsar, Setapak, Subang, Ampang, Cheras, Bukit Tinggi, Bukit Jalil, Petaling Jaya, KLCC, Puchong, Balakong, Kajang, Setia Alam, Kota Damansara, Georgetown, Jelutong dan Shah Alam.
Menjelang tahun hadapan pula servis ini bakal diluaskan ke seluruh Malaysia bagi memastikan lebih ramai pelanggan dapat menggunakan servis pandamart dari foodpanda ini.
Untuk masa terhad sahaja pada bulan November ini, anda berpeluang menikmati potongan RM8 untuk semua pesanan pandamart anda!
Checkout dengan kod promo JOMPANDAMART untuk mendapat potongan RM8 apabila anda membelanjakan RM30 dan ke atas.
Promosi ini terhad kepada empat pesanan bagi setiap pelanggan dan hanya tersedia selagi stok masih ada.
Jadi, anda tunggu apa lagi? Pesan barangan runcit anda sekarang di pandamart.
Untuk maklumat lanjut layari laman web foodpanda atau memuat turun aplikasinya hari ini!