Animasi Tempatan ‘Robozeta’ Bakal Tembus Pawagam Pada 2027, Janji Aksi Mecha Lebih Epik
Penonton boleh menjangkakan aksi lebih mendebarkan, visual sinematik serta kualiti animasi yang dibangunkan khas untuk pengalaman di layar perak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas melalui perjalanan menghasilkan 52 episod, mereka percaya inilah masa terbaik untuk membawa dunia Robozeta ke skrin besar dengan penceritaan lebih epik, aksi lebih dramatik dan mutu visual bertaraf filem

Menurut laporan Berita Harian, filem terbitan Red Circle Studio itu akan membawa jalan cerita yang serba baharu dan tidak sekadar menyambung kisah dalam siri televisyen.
Penonton boleh menjangkakan aksi lebih mendebarkan, visual sinematik serta kualiti animasi yang dibangunkan khas untuk pengalaman di layar perak.
Menurut pihak studio, penerbitan filem ini merupakan langkah penting dalam usaha mengembangkan Robozeta sebagai harta intelek (IP) animasi tempatan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Selepas melalui perjalanan menghasilkan 52 episod, mereka percaya inilah masa terbaik untuk membawa dunia Robozeta ke skrin besar dengan penceritaan lebih epik,, aksi lebih dramatik dan mutu visual bertaraf filem

Walaupun masih mengekalkan elemen utama seperti persahabatan, keberanian, semangat berpasukan dan aksi robot mecha, filem ini turut memperkenalkan watak serta konflik baharu bagi memberikan pengalaman segar kepada peminat lama dan penonton baharu.
Ketika ini, proses pembangunan filem sedang dijalankan secara berperingkat dengan penglibatan sekitar 40 tenaga kreatif tempatan merangkumi pembangunan cerita, animasi, reka bentuk visual, kesan khas, muzik dan pascaproduksi.
Malah, Red Circle Studio turut merancang memperluaskan jenama Robozeta melalui penerbitan buku, permainan, barangan pengguna, pelesenan dan kerjasama strategik, selain membawa kandungannya ke pasaran global.
Sebagai rekod, Robozeta merupakan siri animasi aksi fiksyen sains bertemakan robot mecha pertama di Malaysia yang mengisahkan sekumpulan wira muda mempertahankan Kota Zetania daripada pelbagai ancaman, sekali gus menjadi antara IP animasi tempatan yang semakin mendapat perhatian di rantau ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via