AR Badul Kembali Terajui Watak Utama Menerusi Iklan Drama Pendek OATLIFE Sempena Merdeka
AR Badul kembali mencuri perhatian menerusi iklan drama pendek "Surat Khabar Lama".
Cover image via OATLIFEFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selepas sekian lama tidak muncul sebagai teraju utama, legenda hiburan tanah air AR Badul kembali mencuri perhatian menerusi iklan drama pendek "Surat Khabar Lama"
Naskhah terbaharu ini dihasilkan di bawah kempen "Kembalinya Sang Lagenda" oleh OATLIFE sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69.
Sebagai jenama tempatan, OATLIFE komited untuk menawarkan produk berkualiti dan bernutrisi tinggi, di samping menyampaikan mesej bermakna yang dekat di hati masyarakat. Menerusi semangat Sapot Lokal, OATLIFE terus berinovasi menerusi produk kesihatan di samping menyokong bakat dan karya tempatan demi membangunkan komuniti yang lebih erat dan bersatu padu.
Kempen "Kembalinya Sang Lagenda" diwujudkan khas sebagai bentuk penghargaan kepada artis-artis veteran yang telah banyak berjasa kepada industri hiburan negara. Menerusi inisiatif ini, OATLIFE ingin memastikan jasa dan bakat mereka terus dihargai, di samping memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk terus mengangkat seni dan budaya tempatan.

Gandingan tiga kaum bawa satu kisah Malaysia
Dikenali dengan karakter komedi yang dekat di hati rakyat Malaysia, AR Badul kali ini tampil dengan sisi lakonan yang lebih matang menerusi watak Uncle Sam, seorang penjual surat khabar lama yang mempertahankan nilai sejarah negara sambil menyebarkan mesej kasih sayang, perpaduan, dan kemanusiaan.
Dalam "Surat Khabar Lama", Uncle Sam menjadi simbol bahawa menghargai sejarah, memelihara perpaduan, dan berbuat baik tanpa mengira kaum adalah nilai-nilai kebaikan yang sentiasa menyatukan rakyat Malaysia.
Turut membintangi iklan drama pendek ini ialah penyanyi dan pelakon Santesh serta personaliti media Wong Xiao Jie. Santesh membawakan watak Arvind Raj, seorang usahawan muda yang akhirnya memahami nilai sebenar warisan, manakala Wong Xiao Jie memainkan watak May, penghubung antara dua generasi.
Gabungan tiga pelakon ini mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia yang hidup dalam semangat saling menghormati. Diarahkan oleh Raja Azrey, naskhah ini mengetengahkan kisah emosi tentang warisan, kemanusiaan dan perpaduan.

Inovasi produk baharu, kualiti dan nutrisi tanpa kompromi
Selain mengangkat seni tempatan, OATLIFE turut mengukuhkan komitmennya terhadap kesihatan masyarakat dengan melancarkan dua produk baharu:
- OatLife Gold Plus Double Oats with Beta-Glucan & Chia: Dipertingkatkan dengan 3g Beta-Glucan bagi membantu pengurusan kolesterol.
- OatLife Gold Plus Oat Soy with High Protein & Chia: Hadir dengan kandungan 13g protein untuk memenuhi keperluan nutrisi dan kekuatan badan.
Bagi OATLIFE, kualiti dan nilai nutrisi adalah keutamaan yang tidak boleh ditawar-tawar. Kedua-dua produk ini diformulasikan tanpa laktosa, sifar kolesterol, dan tanpa gula tambahan.

Diterbitkan oleh OATLIFE, "Surat Khabar Lama" merupakan naskhah kedua di bawah kempen "Kembalinya Sang Lagenda", menyusuli kejayaan drama pendek Raya tahun ini, 'Syurga Yang Terhiris', yang menampilkan Sathiya dan Shahriza Mahmud. Inisiatif berterusan ini membuktikan bahawa jenama tempatan mampu menghasilkan produk pemakanan berkualiti tinggi di samping memainkan peranan aktif dalam mengangkat bakat tempatan dan menyemaikan nilai perpaduan.
Iklan drama pendek "Surat Khabar Lama" boleh ditonton di saluran YouTube rasmi OATLIFE Malaysia mulai 22 Ogos 2026. Produk baharu OatLife Gold Plus Double Oats with Beta-Glucan & Chia dan OatLife Gold Plus Oat Soy with High Protein & Chia bakal berada di pasaran bermula September 2026 di semua pasar raya utama serta platform e-dagang rasmi OATLIFE di seluruh negara.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


