Menakjubkan. Pertama Kali Azan Disampaikan Dalam Bahasa Isyarat Di Malaysia
Azan ini diolah dengan sangat indah sekali, rugi kalau tak tengok.
Azan memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan orang Islam
Keindahan setiap lafaz yang dilaungkan dalam Azan adalah untuk menyeru orang-orang Muslim supaya bersedia untuk mengerjakan solat. Bila azan berkumandang, itu tandanya telah masuk waktu solat atau sembahyang bagi mereka yang menganut agama Islam.
Istimewanya Ramadan kali ini, bila syarikat penyiaran terbesar Malaysia, Astro menyiarkan laungan azan oleh dua orang OKU yang cacat penglihatan dan pendengaran
Azan ini dijayakan oleh dua individu istimewa iaitu Ustaz Aqlam Jafrim, Bendahari di Prisma (Persatuan Orang Pekak Malaysia) dan Encik Ismail dan Cikgu Ahmad Rozaimai selaku jurubahasa isyarat agama.
Rata-rata pengguna laman sosial kagum dengan keupayaan golongan kurang upaya (OKU) ini melaungkan azan dengan baik dan berkesan sekali
Bagi anda yang belum berkesempatan menonton azan ini, bolehlah menunggu siarannya di Astro Oasis atau Astro Ria. Ini video azan tersebut:
Rasa-rasanya ini adalah pertama kali azan dilaungkan dalam bahasa isyarat di Malaysia, jadi usaha dari Astro ini sangat baik dan seharusnya dipuji
Penggunaan bahasa isyarat yang lain di media penyiaran Malaysia adalah seperti terjemahan berita di televisyen nasional ke dalam bahasa isyarat.