seismik

"Babak Tun M Memang Ada Terjadi" - PMX Puas Hati Dengan Storyline Anwar: The Untold Story

Tak sabar nak tengok dekat pawagam!

Cover image via Majoriti & Malay Mail

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sudah mengetahui, filem Anwar: The Untold Story yang memaparkan kisah hidup Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi

Image via BERNAMA

Baru-baru ini, sidang media tayangan perdana filem tersebut telah diadakan di Dadi Cinemas, Pavillion Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-10 itu.

Berdasarkan jalan cerita filem berkenaan, beliau berpendapat keseluruhan dialog dan penceritaan filem tersebut tidaklah tepat 100 peratus namun, isu dan storyline yang dibawa adalah benar.

Puji hasil karya filem terbitan dari negara jiran, Indonesia

Jika anda belum tahu, filem berkenaan merupakan idea asal dan karya asli dari produksi Indonesia yang diarah oleh Viva Westi.

Ia mengisahkan tentang jatuh bangun perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam dunia politik terutamanya dalam melawan rasuah.

Diolah dari kisah sebenar, jalan ceritanya adalah mengenai sikap DSAI yang tegas dan konsisten menolak pelbagai jenis rasuah dari pihak-pihak tertentu. Disebabkan itu, beliau telah difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul secara 'brutal' dalam lokap dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari.

Daripada seorang Menteri Kewangan terbaik yang berjaya membebaskan Malaysia dari belenggu hutang, akhirnya meringkuk di dalam penjara.

DSAI turut memuji hasil karya hebat oleh negara seberang itu yang disifatkan pintar kerana mampu meringkaskan penceritaan selama 23 tahun kepada filem berdurasi kira-kira 90 minit.

Image via Majoriti

DSAI juga tidak menafikan babak yang berlaku antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipaparkan menerusi filem itu juga adalah benar

"Perbualan itu telah dirumuskan dengan tepat. Walaupun tidak 100% sama tapi konteks yang dibawa adalah benar dan segala tawaran yang diberikan juga adalah benar," katanya.

Sementara itu, isteri beliau iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang turut hadir sewaktu tayangan perdana filem tersebut memberitahu bahawa karya ini sedikit sebanyak dapat menepis persepsi masyarakat yang melabel Anwar sebagai seorang penjenayah sejak dulu.

Image via Malay Mail

Jangan lupa saksikan Anwar: The Untold Story bakal ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia bermula 18 Mei tahun ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: