"Jalan Masih Panjang" - Filem Biopik Tentang Anwar Ibrahim & Wan Azizah Dalam Pembikinan
Lakonan hebat oleh Farid Kamil dan Acha Septriasa.
Seperti yang diketahui ramai, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada 19 November ini
Dalam pada kesibukan mengenai PRU-15, sebuah syarikat produksi Indonesia kini sedang giat menghasilkan sebuah filem biopik yang berjudul Jalan Masih Panjang.
Filem tersebut mengisahkan tentang Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Apa yang menarik perhatian adalah ia menampilkan gandingan pelakon hebat dari Malaysia dan Indonesia iaitu Farid Kamil dan Acha Septriasa.
Farid Kamil memegang watak sebagai DSAI, manakala Acha Septriasa pula akan menggalas watak sebagai Wan Azizah
Difahamkan, berita itu tersebar ke media sosial selepas seorang pelakon dari Indonesia yang dikenali sebagai Hans de Kraker memuat naik gambar Farid Kamil bersama krew produksi filem tersebut.
Lihat ciapan penuh itu di bawah:
Setakat ini, jalan cerita filem itu masih tidak dapat dipastikan secara menyeluruh. Namun, kebanyakan netizen di media sosial berasa teruja untuk menontonnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!