seismik

Baby Naail Terpaksa Ditidurkan Akibat Tak Mampu Bernafas, Bapa Mohon Doa Ramai

Semoga Allah SWT angkat sakit baby Naail secepat mungkin. Amin.

Cover image via Wan Aslam Zakaria (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bayi Wan Muhammad Naail Wan Aslam atau lebih dikenali sebagai Baby Naail yang menghidap Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 selamat menjalani prosedur suntikan ubat Zolgensma bernilai RM9.8 juta pada Jun lalu

Image via Kosmo Digital

Terbaru, bapa kepada baby Naail iaitu Wan Aslam Zakaria telah memuat naik sebuah posting untuk berkongsi keadaaan terkini anaknya itu menerusi laman Facebooknya.

Terpaksa intubate kerana tidak dapat bernafas dengan sendiri

"Maaf, sudah lama tak update mengenai Naail. Kami mohon doa kepada sahabat-sahabat, agar anakanda kami ini, Baby Naail dikurniakan kesihatan yang baik, boleh bernafas dengan baik. Kesihatan Naail tidak berapa baik dengan keadaan cuaca jerebu yang tak berapa baik, berikutan banyak penyakit yang ada. Naail akan dimasukkan ke PICU setelah 4 hari berada di wad biasa akibat paru-paru sebelah kanan collapse.

"Baby Naail sekarang kena intubate, tak dapat bernafas sendiri walaupun gunakan mesin bipap. Jadinya, Naail terpaksa ditidurkan jika tidak, Naail susah nak bernafas, dan agak struggle untuk bernafas. Sekarang berada di PICU.

"Mohon doanya semua ya agar Anakanda Naail dikurniakan kesihatan yang baik. Tiada ibu dan ayah yang mahukan anaknya sakit. Tetapi Naail ini special buat kami, ianya amanah yang Allah kurniakan kepada kami," tulisnya.

Lihat posting penuh di bawah:

Semoga Baby Naail terus diberi kekuatan untuk berjuang dan diangkat penyakitnya oleh Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: