"Hanger Tu Betul-Betul Tersangkut Macam Di Ampaian Baju, Tapi Ampaian Tu Anak Aku Sendiri"
Ibu bapa sila berhati-hati!
Buat ibu bapa, bila bercakap mengenai keselamatan anak-anak, ia adalah perkara yang sangat utama
Sebagai ibu bapa, semestinya keselamatan anak-anak adalah perkara yang amat dititikberatkan terutamanya anak-anak kecil yang masih berusia bayi. Tetapi kadangkala, malang tidak berbau.
Perkara yang kita sendiri tak sangkakan itulah yang terjadi. Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di satu page di Facebook, Info Ibu Hamil ini, beliau menceritakan bagaimana hanger pakaian boleh tersangkut di dalam anak tekak anak kecilnya itu.
Baca kisah detik-detik cemas tersebut di bawah:
JUST SHARING. sharing is caring right. This happen at me and aku taknak jadi pada anak org lain pulakk. Hanger. Hanger ni memang bagus, menyenangkan kerja. Tapi hanger hanya menyenangkan buat kita, bukan anak baby kita. Seelok-eloknya sorokkanlah dari baby/ kanak-kanak yang taktahu apa2 lagi tuu. Kalau anak terjumpa hanger masa tengah berlegar2 kat rumah tu pun tolonglah ambil hanger tu if anak tknk bagi rampas je biar dia menangis jangan kita yg menangis kemudian hari. memang we didn't expect hanger tu boleh jadi berbahaya untuk anak2 kita. Tapi kita taktshu kan. Sekarang mcm2 boleh terjadi. Nak tahu sebab apa aku kata hanger ni bahaya untuk baby?
Tragedi bermula waktu aku tgh berborak dgn ibu aku, yakni nenek iris, iris mcm biasalah, main2 dekat sebelah aku and before tu aku dh check mmg x ada benda kecil yg senang ditelan or anything yg berbahaya kt tempat iris bermain tu. yg ada cuma hanger sahaja. so aku pun biarkan iris main2 sebab aku mmg tk terfikir langsung hanger tu boleh memudaratkan iris.. so aku sambung borak...
Suddenly, aku dgr anak aku batuk2 mcm nk termuntah. Bila aku toleh pada anak aku, Ya Allah... dugaan apa ni... aku nampak cangkuk hanger tu dh termasuk dalam tekak anak aku. Iris hanya ternganga tak mampu menangis. Bibir iris bertukar biru. Hanger tu betul2 tersangkut macam dekat ampaian baju tapi yg jadi pengampainyaa tu anak aku sendiri, org yg paling aku sayang,nyawa aku. Automatically darah aku mengalir laju, tanpa banyak cakap aku pun tawakal (nampak mmg mcm tak bolehh keluarkan cangkuk hanger tu sbb dia melengkung) tapi aku tawakal jugak, aku dah tak fikir apa masa tu, terus aku grab tangan anak aku supaya dia tk tepis tgn aku,(untuk pengetahuan korang ayah iris tak ada kat rumah masatu, kalau dia ada mesti tk jd kes ni) then aku dongakkan kepala iris and tarik cangkuk hanger tu carefully supaya tekak iris tk injured.
And alhamdulillah,cangkuk tu dpt keluar dgn mudah walaupun nampak sangat susah nk keluar. And lepastu iris pun nangis sekuat kuatnyaa (maybe sebab terkejut and sukar bernafas sebelum tu). aku terus check tekak dia takut ada bleeding ke apa alhamdulillah tekak dia pun just fine. Aku mmg nak bawa pergi hospital tapi beberapa minit lpstu anak aku dah lincah mcm biasa, and melasak balik macam tk ada apa yg berlaku, so aku pun batalkan lah niat nak ke hospital tu...
Nasib baik aku cepat perasan and cepat bertindak. Kalau tidak...Allah, tak dapat aku nk bayangkan. Aku jadikan kes tu satu pengajaran, tak semua benda yang nampak tak bahaya tu boleh bagi anak main..(tapi aku bukan saja-saja memang bagi iris main hanger, no...dia jumpa hanger tu sendiri, and aku pun malas nak rampas hanger tu sbb mmg tahu perangai iris kalau kita tk bgi dia main something dia nak dia akan tantrum. So, bagi aku selagi that thing tak membahayakan or mudah ditelan aku akan biarkan dia main.) Allah nak tunjukkan yg aku perlu extra careful and be more concern pada iris. But i still cannot accept mcm mana iris boleh tertelan cangkuk hanger tu. Bila difikir balik, iris pun mmg banyak akal so no wonder lah.... Takpelah, benda dah nak jadi..and dah lepas dah pun...iris pun Alhamdulillah sihat walafiat sekarang. So jadikan sebagai pengajaran, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan teladan....yedokkkkk (dalam bulatan cangkuk yang tersangkut kat tekak iris.)
facebook.com