seismik

#Bajet2025: Bantuan SARA Akan Dikreditkan Ke Dalam MyKAD Penerima Bermula April 2025

Sebelum ini, bantuan tersebut dikreditkan ke dalam akaun bank penerima.

Cover image via Parlimen Malaysia & AI Passport Photos

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat kepada 13 bilion ringgit berbanding 10 bilion ringgit pada tahun 2025

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu peningkatan ini akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima, bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.

Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025. Manakala, 4.1 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori isi rumah akan menerima sebanyak RM100 sebulan berbanding 700 ribu penerima tahun ini.

Bantuan ini boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan dan kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara. 

Dalam pada itu, kategori bujang pula akan menerima STR sebanyak RM600. 

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: