seismik

#Bajet2025: Pelepasan Cukai Pendapatan Individu Dinaikkan RM4,000 Bagi Insurans Perubatan

Untuk rekod, jumlah peruntukan pelepasan cukai terbabit terhad kepada RM3,000 sahaja.

Cover image via PARLIMEN MALAYSIA (YouTube) & Rona (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran premium insurans pendidikan dan insurans perubatan dinaikkan kepada RM4,000

Beliau berucap ketika pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan perubatan sehingga 10,000 adalah juga meliputi bahagian bayaran perubatan yang dilakukan oleh pembayar cukai di bawah produk insurans dan takaful perubatan serta kesihatan dengan ciri-ciri pembayaran bersama.

Selain itu, pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan yang terbit daripada sumber luar negara dan telah tertakluk kepada cukai pendapatan di negara sumber serta diterima oleh individu di Malaysia, yang pada masa ini diberikan secara bertempoh sehingga 31 Disember 2026, dilanjutkan sehingga 31 Disember 2036.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: