seismik

#Bajet2025: "War On Sugar" - Kadar Duti Eksais Minuman Bergula Naik 40 Sen Seliter

Ia susulan Malaysia adalah negara paling banyak kes obes di rantau Asia Tenggara.

Cover image via Parlimen Malaysia & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi menyokong gerakan War on Sugar, kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 sebanyak 40 sen seliter

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dibuat bertujuan menyokong gerakan Perang Terhadap Gula atau ‘War On Sugar’ yang dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 29 Jun lalu.

Menurut Menteri Kewangan itu, hasil yang diraih akan dimanfaatkan untuk menampung perbelanjaan kesihatan awam termasuk penambahan bekalan ubat SGLT-2 inhibators bagi rawatan diabetes.

"Selain itu, penyediaan rawatan Dialisis Peritoneal untuk pesakit buah pinggang tahap akhir kepada lebih banyak pesakit selain Felda yang turut menambah baik pusat dialisis mereka.

"Sebagai menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat, RM27 juta disediakan bagi merancakkan lagi aktiviti sukan dan riadah rakyat termasuk penganjuran Hari Sukan Negara (HSN)," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: