Baju Raya 'Covid-19' Ni Buat Netizen Geleng Kepala. Rasa Nak Berjauhan Je Dari Si Pemakai!
Sakitnya mata tengok!
Tidak dapat dinafikan gaya atau fesyen raya adalah salah satu perkara yang menjadi tumpuan menjelangnya sambutan Aidilfitri
Kebiasaannya para wanita akan memakai baju tradisional kebangsaan iaitu baju kurung atau baju kebaya, manakala bagi lelaki pula boleh memilih sama ada ingin menggayakan baju Melayu cekak musang atau teluk belanga, dengan pelbagai warna.
Namun pada masa kini, setiap kali menjelangnya hari raya, pelbagai baju dengan penampilan fesyen terbaharu akan berada di pasaran. Bahkan, sekarang wujud pula baju raya ala-ala hipster yang adakalanya dianggap 'mencolok mata' kerana bertentangan dengan nilai dan tradisi baju Melayu.
Baru-baru ini di laman Twitter, viral sebuah koleksi baju raya dari salah seorang pereka yang ternyata telah menarik perhatian dan menjadi bualan warganet
Rekaan yang ditonjolkan baju Melayu itu dilihat sangat 'unik' dan lain daripada yang lain membuatkan rata-rata warganet menggelengkan kepala.
Bukan itu sahaja, siap ada juga yang menggelarnya baju raya Covid-19 bersempena dengan wabak pandemik yang kini sedang melanda dunia, termasuklah Malaysia.
Manakan tidak, baru tengok dalam gambar pun sudah rasa geli, apatah lagi kalau ada yang memakainya depan mata, pasti rasa nak menjauh.
Tinjauan di ruangan reply daripada tweet tersebut menunjukkan rata-rata warganet tidak bersetuju dengan rekaan baju Melayu ini
Ada yang menyatakan ianya menjatuhkan martabat kesenian dan adat Melayu, ada juga yang berkata baju raya ini seperti betul-betul ingin menerapkan langkah 'social distancing' pada hari lebaran tahun ini.
Berikut adalah antara komen dari warganet: