Selamba Buat 'Projek' Atas Jejantas, Polis Cekup Dua Lelaki & Seorang Wanita
Mereka ditangkap pada waktu siang.
Baru-baru ini, tular di media sosial tiga individu ditangkap polis gara-gara selamba melakukan aksi tidak senonoh di tempat awam
Seramai dua lelaki dan seorang wanita ditangkap oleh polis wilayah Phitsanulok, Thailand. Menurut sumber, mereka dipercayai ditahan kerana melakukan aksi tidak senonoh di atas jejantas.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila perbuatan tersebut dilakukan pada siang hari. Selepas gambar mereka tersebar luas di media sosial, pihak polis melakukan siasatan dan mengesahkan kejadian itu.
Lihat perkongsian penuh di bawah:
Mereka didakwa membuat 'projek' itu secara bergilir-gilir
Polis turut menemui dua bantal dan sehelai selimut di lokasi berkenaan. Pada mulanya, mereka didapati tiada di situ.
Namun, polis berjaya menjejaki ketiga-tiga suspek dan akhirnya mereka berjaya ditahan. Rupa-rupanya, mereka merupakan gelandangan.
Kemudian, ketiga-tiga individu itu didenda 500 baht iaitu RM64 setiap seorang sebelum dibebaskan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!