[VIDEO] Ahli Perniagaan Hilang RM1 Juta Lepas Jawab 'Call' 14 Saat Daripada Scammer Ini
Banyak tu, kesian nya.
Seorang ahli perniagaan rugi RM1 juta selepas menjadi mangsa panggilan scam selama 14 saat di Kuching, Sarawak
Mangsa yang bernama Lee, berkongsi pengalaman pahitnya semasa sidang media dengan pembantu khas (DAP) kepada YB Chong Chieng Jen, Michael Kong Feng Nian dan Sim Kiat Long.
Lee mendedahkan bahawa dia menerima panggilan tanpa nama yang mendakwa bahawa dia mempunyai bungkusan dan memerlukan kata laluan perbankan untuk meneruskan urusan tersebut. Kemudian, dia merasa curiga lalu menamatkan panggilan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terkejut bila dapat tahu ada transaksi tanpa kebenaran RM1 juta telah dipindahkan ke akaun bank lain
Menurut rekod bank, jumlah itu dipindahkan kepada Celcom Sdn Bhd dalam dua transaksi, dengan setiap satu bernilai RM500,000. Lee segera membuat laporan polis dan mengadu kepada bank.
“Bank sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk menyimpan simpanan kita, tetapi peristiwa baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka juga tidak terlepas dari penipuan. Di mana orang biasa boleh menyimpan simpanan mereka dan memastikan mereka selamat?" katanya.
Macam-macam cara scammer sekarang boleh buat untuk curi duit kita. Hati-hati kalau dapat panggilan dari nombor tak dikenali guys, jangan angkat!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!