seismik

PDRM Beri Amaran Taktik Terbaru Scammer Hantar Mesej MySejahtera & TNG eWallet Palsu

Scammer meminta penerima klik pada pautan yang disertakan dalam SMS untuk menuntut jumlah tersebut.

Cover image via Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police (Facebook) & Sinar Harian

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, beberapa rakyat Malaysia melaporkan mereka menerima SMS yang memaklumkan bahawa Touch 'n Go (TNG) eWallet mereka telah dikreditkan dengan RM800

Mesej itu kononnya daripada aplikasi pengesanan kenalan Covid-19 rasmi kerajaan MySejahtera di mana ia menunjukkan bahawa pengirim adalah "GOV" dan berhasrat untuk memberikan bantuan kewangan khas untuk Covid-19.

Pengirim tersebut akan meminta anda menyemak dan menuntut jumlah dengan mengklik pada pautan.

Image via Twitter

Rupa-rupanya, SMS itu adalah taktik terbaru oleh scammers

Pengguna telefon yang tidak mengesyaki dan telah klik pada pautan mungkin akan memberikan maklumat mereka kepada scammer kerana SMS tersebut kononnya telah dihantar menggunakan saluran rasmi kerajaan.

Pautan itu meminta pengguna ke halaman eWallet TNG palsu, kemudian mereka diminta memasukkan nombor telefon, pin enam digit dan OTP 6 digit yang dihantar ke nombor telefon mereka. Butiran-butiran ini boleh membuatkan scammer berjaya mengakses kepada eWallet anda.

MySejahtera pantas memaklumkan pengguna bahawa ia adalah satu penipuan

"MySejahtera tidak pernah menawarkan sebarang bantuan kewangan atau bayaran kepada pengguna. SMS ini adalah palsu," pemegang Twitter rasmi MySejahtera membalas kepada seorang pengguna, sambil memberitahu bahawa mereka yang menerimanya digesa untuk mengabaikannya dan itu juga akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Manakala, TNG juga memaklumkan pengguna tentang penipuan dan menasihatkan mereka untuk mengabaikan mesej sedemikian.

"Sila ambil maklum bahawa SMS ini adalah satu penipuan dan kami dalam proses melaporkannya kepada SKMM."

Laman Facebook Cyber Crime Alert of the Royal Malaysia Police (PDRM) turut mengeluarkan amaran di posting mereka mengenai isu scam ini

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: