PSA: Ramai Baru Tahu, Rupa-Rupanya Ini Cara Yang Betul Nak Tuang Sos Nando's
Kenapalah selama ni tak pernah tahu.
Nando's merupakan salah satu restoran kegemaran ramai di Malaysia
Jika menjamu selera di Nando's, tak sah kalau kita tak makan ayam mereka bukan? Tambahan lagi, ia lagi sedap bila dimakan dengan sos PERi-PERi.
Namun, ramai yang tidak tahu bagaimana caranya untuk menuang sos Nando's. Baru-baru ini, Nando's Malaysia telah memuat naik sebuah video di TikTok mereka tentang cara yang betul untuk menuang sos itu.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ingatkan kena goncang botol ke bawah, rupa-rupanya hanya perlu gosok tapak botol
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nandosmy, kelihatan seorang lelaki dipercayai salah seorang pekerja restoran itu menunjukkan cara menuang sos PERi-PERi yang betul.
Selama ini, ramai yang menuang sos Nando's dengan cara sama seperti sos biasa yang lain. Tetapi, rupa-rupanya cara yang betul adalah dengan menggosok perlahan tapak botol sos tersebut.
"Lah kena usap rupanya takut jin pulak yang keluar nanti haha" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini telah mendapat 775K views, 26.4K likes dan 1.2K shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!