seismik

Baru Nak Isi Minyak, Lelaki Terkedu Waze Bawa Pergi Salah Petron Ini Undang Tawa Netizen

Gotcha anda sudah kena scam dengan Waze!

Cover image via @ayahchik__ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aplikasi Waze ini dibina khas buat pemandu kenderaan untuk memudahkan perjalanan

Di samping menunjuk arah, ia juga membantu pemandu melalui jalan pintas untuk sampai ke sesuatu destinasi. Namun, ada juga berlaku kisah-kisah seperti Waze membawa pemandu ke tempat yang tidak sepatutnya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang lelaki kena 'scam' apabila Waze membawanya ke Petron yang salah telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ayahchik__ Kisah sedih harini,waze ni ingat aku nk g tebus bonuslink ke anatt #binaprodukjenamasendiri #oem suara asli - story_araa - _

Minyak dah nak habis tetapi boleh pula Waze bawa pergi Petron yang lain

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ayahchik__, kelihatan seorang lelaki yang baru sahaja sampai di sebuah Petron dengan menggunakan apliksasi Waze. 

Namun, apa yang melucukan adalah apabila aplikasi itu membawanya ke pejabat urusan Petron bukannya ke stesen minyak Petron.

Lelaki tersebut ternyata terkedu dengan apa yang berlaku. Tambahan lagi, minyak keretanya pula dah nak habis. "Dahla minyak enam kilo lagi, aku waze Petron, kau pergi hantar dekat pejabat urusan Petron ahh sudah...", rintih lelaki itu.

"Nasib baik search Petron, kalau search Petronas, silap-silap dia hantar KLCC" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 700.3K views, 68.1K likes dan 1.2K comments di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan kejadian tersebut. Malah, ada juga netizen yang turut berkongsi pengalaman Waze tersalah menghantar destinasi kepada mereka juga. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduh, kali ni bukan orang yang buat hal tapi Waze pula buat hal! Lain kali, search stesen minyak bang barulah tak sesat :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: